Salam Pembuka Bicara

Ahad, 26 Julai 2009

adoyaii...

Bismillahirrahmanirrahim..
semoga pembaca n penziarah sekalian sihat walafiat hendaknya InsyaAllah...

Suatu perkara yang kita sering buat "loleh" dalam loghat kelantan dan "loqlaq" dalam loghat kedah,iaitu meringan-ringankan amanah...

sejak seminggu dua dari AGM PERMATA nie,otak ini terasa sangat berat memikirkan amanah yang diterima oleh diri ini,sakit kepala,pening,susah hati,semua ada..
maybe peralihan dari zaman budak ke arah kematangan ckit kot..
huhu...

pepun,amanah tuk menguruskan Biro Penerangan Dan Penerbitan PERMATA bagi sesi ini,akan tetap diri ini pegang,selagi hayat dikandung badan,InsyaAllah...

dan bila mengenangkan benda ni,terngiang-ngiang kat telinga ini,nasyid bila nur melimpah dihati...

Bila Nur Melimpah Di Hati
Manusia Itu Bangun
Dari Alam Kegelapan
Ibarat Mata Yang Berseri


Menatapi Mentari Pagi
Yang Indah Dan Cerah Menerangi
Kerana Iman Dan Juga Islam
Telah Menjadi Keyakinan


Ya Allah,sinarilah hati ini dengan cahaya nur imanMu...
Panjangkanlah umurku dalam mentaati perintahMu dan perintah rasulMu...
Ya Robb..

Amiin..


"PERMATA MATANG"..
http://www.permatajordan.com

Jumaat, 24 Julai 2009

satu kisah...

Dikisahkan bahawa suatu hari Nabi Isa a.s. berjalan-jalan,maka terpandanglah baginda pada sebuah gunubg yang sangat besar maka baginda pun mendakinya sehingga sampai pada sebuah batu yang sangat putih,lebih putih dari warna susu..

Apabila baginda melihat batu itu,baginda sangat kagum sehingga terpusing-pusing mengelilingi batu tersebut.Kemudian Allah Taala mewahyukan pada baginda,"Wahai Isa,mahukan kamu kalau aku tunjukkan yang lebih indah dan yang lebih mengagumkan dari ini?.."

Maka berkata Nabi isa,"Ya,aku ingin melihatnya"..Setelah baginda berkata demikian,maka pecahlah batu besar tersebut,dan keluarlah dari hancuran batu putih itu seorang lelaki tua berjubah putih sedang solat,dan disisinya ada sebatang tongkat dan setangkai anggur..

Apabila nabi Isa melihat keadaan orang tua itu,maka baginda pun bertanya,"Wahai syeikh,apakah yang sedang kamu perbuat disini?"..
Syiekh itu menjawab,"Inilah rezeki yang Allah berikan setiap hari".
Nabi Isa bertanya lagi,"Sejak berapa lama kamu beribadat disini?"..Syeikh menjawab,"aku sudah berada disini hampir 400 tahun"..

Kemudian Nabi Isa bermunajat kepada Allah Taala,"Ya Allah,adakah Engkau mencipta sesuatu yang lebih hebat dari apa yang aku saksikan daripada orang tua ini?"..

Allah mewahyukan pada Nabi Isa,"Wahai Isa,kalaulah umat akhir zaman (umat Nabi Muhammad) menjumpai bulan syaaban,maka mereka mengerjakan solat baraah pada malam pertengahan bulan itu,(malam nisfu syaaban)nescaya solat itu lebih baik dari ibadata hambaku ini selama 400 tahun"..
Kemudian nabi Isa berkata:"Alangkah bahagianya diri ini sekiranya aku dapat menjadi umat nabi akhir zaman (umat nabi muhammad)"..

p/s:-jangan lepaskan peluang ini...

Hadis kelebihan bulan Syaaban

Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
(Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani)

Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
(Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti)

p/s:-hurm...cuba terapkan yer...

Hadis berkenaan amalan bulan Syaaban

Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)

Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)


p/s:-post selepas ini,kelebihan malam nisfu syaaban..

Khamis, 23 Julai 2009

Bila Nur Melimpah Di Hati

Bila Nur Melimpah Di Hati
Manusia Itu Bangun
Dari Alam Kegelapan
Ibarat Mata Yang Berseri


Menatapi Mentari Pagi
Yang Indah Dan Cerah Menerangi
Kerana Iman Dan Juga Islam
Telah Menjadi Keyakinan


Bila Quran Dan Sunnah Didaulatkan
Kitika Itu Jiwa Di Korbankan
Harta Kemewahan Dilaburkan
Demi Untuk Agama Kebenaran


Bila Nur Melimpah Di Hati
Manusia Itu Bangun
Dari Alam Kegelapan
Ibarat Mata Yang Berseri


Menatapi Mentari Pagi
Yang Indah Dan Cerah Menerangi
Kerana Iman Dan Juga Islam
Telah Menjadi Keyakinan


Bila Quran Dan Sunnah Didaulatkan
Kitika Itu Jiwa Di Korbankan
Harta Kemewahan Dilaburkan
Demi Untuk Agama Kebenaran

p/s:-sama menghayati lagu nie...memang menyentuh hati...

Ahad, 19 Julai 2009

Salam Hari Kebesaran Islam,Isra' dan Mikraj...

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Assalamualaikum...
semoga chat pelawat2 sekelian harapnya...

salam hari kebesaran Islam,Isra' Mikraj...
ingin hamba yang hina ini memcoret sedikit sempena hari kebesaran ini..
tidaklah ingin menceritakan kembali apa itu Isra',apa itu Mikraj,kerna ambo rase sume dah serap dalam otak terus ke hati peristiwa besar ini..
justeru,apa yang ingin ambo menarik perhatian pelawat sekalin,janganlah kita sekadar mendengar kisah Isra' dan Mikraj,hanya sekadar menghiasi telinga,tetapi amek lah intabih serta inzar...

Antara peristiwa yang diperlihatkan kepada nabi didalam perjalanan baginda:-
-siksaan terhadap orang yang meninggalkan sembahyang di mana mereka memecahkan
kepala mereka sendiri.
-bagaimana siksaan terhadap mereka yang tidak menunaikan zakat di mana mereka
dihalau seumpama binatang dan kemudiannya mereka memakan buah Zaqqum daripada
bara api neraka yang begitu panas sehingga hancur tubuh mereka.
-Nabi Muhammad s.a.w turut diperlihatkan bagaimana golongan penzina yang
bertindak memilih daging yang mentah dan busuk berbanding daging yang telah masak
dan baik.
-bagaimana orang yang tidak menunaikan amanah dipaksa mengangkat seberkas kayu di
mana walau pun tidak mampu memikulnya tetapi dia tetap menambah bilangan kayu
itu.

rasenye,cukuplah dengan peringatan itu kita dapat mengambil inzar yang sebenarnya,sebelum hayat dijemput...

Akhir kalam,semoga sama2 mengambil peringatan serta pengajaran dari hari kebesaran...

>SALAM HARI KEBESARAN ISLAM,ISRA' DAN MIKRAJ....

Khamis, 16 Julai 2009

Assalamualaikum...

kpd semua warga Mu'tah,esok insyaAllah kita sama2 akan keluar membuang undi,bagi memilih tampuk pemerintahan bg sesi 09/10...

insyaAllah,sama2 kita memilih kabinet yang diidami bersama..

PERMATA MATANG...
sesuai dengan mahasiswa nya yang matang..
semoga kita tidak tersalah memilih ketua serta kabinetnya...

Isnin, 13 Julai 2009

soifi oh soifi...

Ya Allah..
gagahilah kaki ini tuk terus melangkah menimba ilmu serta pengalaman....

minggu ini dan minggu depan bakal menyibukkan diri ini...
bermula dengan AGM PERMATA kali ke-10 pada minggu ini dan bakal disusuli dengan AGM KMKJ tuk kali ke-14...
waduh...
gi mana sih...
pe pun,aku kena dahulukan ngaji gop..
walaupun aku menyibukkan diri aku ini,ngaji tetap diutamakan...

minggu lepas dan minggu ini,aku lihat,masing2 sibuk dengan kerja2 sdiri..
aku pun sebebnarnya malaz nak ganggu,tp apakan daya..
aku nie bukan leh duk diam..
ade jew keje...
kenak saem2 la..
dan mangsa yang selalu kena ialah lutfi..
betol dop pi?..

pe pun..
aku bena ade jew nak tulis sal AGM kali nie..
tp,aku rase aku x layak mane nak tulis sal AGM nie..
so,aku serahkan je la pada abang2 junior,abang2 senior n akak2 senior tuk tulis sal AGM ni..
dan aku rase,aku nak tulis sal perjalanan AGM nie jew..
sbb aku rase,masing2 sibuk tengah promote calon mereka kan..
huhu...

akhir kata,sama2lah kita memberi kerjasama dalam melicinkan AGM PERMATA DAN KMKJ kali ini yang bakal menyaksikan pertukaran tampuk kepimpinan PERMATA dan KMKJ bagi tahun 09/10..

InsyaAllah..

Rabu, 8 Julai 2009

Inna Lillahi Wa inna Ilaihi Raji'un...

sesungguhnya dari dia kita datang dan kepada dia kita kembali...

aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari abi ku pada kul 6.54 pagi (waktu Jordan)....

aku teragak-agak tuk mengangkat panggilan telefon tersebut..
sbb jauh disudut hatiku,aku mengagak,akan ada suatu khabar buruk yang akan disampaikan...

"assalamualaikum,din..tido lagi ko?...hurm...nie,ayoh nak oyak nie,ustaz .....,
ayah kpd ........ telah meninggal pagi takdi"...

Ya Allah..
aku tersentap...
semacam tidak dapat menerima khabar buruk ini....

"ayoh,ustaz sakit gapo?..."....
"sakit jantung"...

ya Allah..

aku kenal ustaz ini..
aku kenal anaknya,anaknya sahabat baik aku,dari sekolah rendah bersama hingga ke sekolah menengah bersama..
kami tidak pernah berenggang...

dan ustaz ini,akan anggap macam pak sedara aku,sbb kebaikannya,ketegasannya..
sungguh.
aku menangis...
aku menangis...
tidak dapat menahan air mata ini..
kerna..
aku memang mengagumi ustaz ini...

kehilangannya aku rasa seperti kehilangan ahli keluarga aku sendiri..
dek kerana beliau juga merupakan kenalan rapat ayah aku..
ye..

sahabatku..
sabar la ye..
aku cuba memahami diri mu..
aku cuba memahami keadaan diri mu waktu ini
aku tahu..
akan ada tanggungjawab besar yang menanti mu,dek kerna kamu anak sulung arwah..
tp ingat sahabat ku..
ini suatu ujian..
dan tidaklah Allah Taala membebankan hambanya dengan bebanan yang x mampu dipikul oleh hambanya..

dan ingat..
kamu tidak berseorangan di alam ini..
kamu masih ade sahabat2 lain..
kamu masih ada muslimin yang lain..
kerana terbinanya ukhwah diantara kita..
sejak sekian lama...

Allah Taala lebih menyayangi allahyarham...
aku doakan,semoga Allahyarham diletakkan didalam kalangan orang2 yang mendapat pelindungan dariNya di akhirat kelak...

dan buatmu sahabat ku..
sesungguhnya,aku amat mengagumi dirimu..
dan aku harap engkau tabah dalam menghadapi ujian ini..
kerana..
ujian darinya adalah kayu ukur keimanan kita terhadap Nya Yang Satu...
semoga hidupmu dan keluarga dicucuri rahmat senantiasa..
Amiin..

Ya Allah,kau jadikanlah diantara kami ini suatu ikatan yang tidak akan putus..
suatu ikatan yang kuat berlandaskan talimu..
Ya Allah..
kau cucurilah rahmat Mu keatas Allahyarham..
kerana Kau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Amiin...
Ya Robbal Alamin..

Khamis, 2 Julai 2009

Salam Mahabbah...

salam musim panas...

bersiaran dari bumi Mu'tah,di musim panas...
hehe..
hari nie,genap seminggu kami memulakan pembelajaran kami di musim yang penuh dengan cbaran ini...
ye..
dengan panasnya...
dengan kerenah diri yang,serba malas nie...
tp,ape2 pun...
aku gagahi jua kaki yang kurus ini,melangkah pintu kelas..
Alhamdulillah..

ape2 pun..
sebenarnya,kta patut bersyukur...
sbb pe,banyak masih ade lagi peluang tuk kita menghirup udara,dapat jugak kita mencedok sedikit ilmu,sedangkan ramai dikalangan sedara2 kita,masih dibelenggu kejahilan...
ye...
ini hakikat yang sebenarnya..

Dalam hal ini,Allah Taala telah berfirman:-

“Barangsiapa yang buta di dalam kehidupan dunia ini ( iaitu tidak melihat tanda-tanda kebesaran ALLAH dan tidak beriman dengannya) maka akan butalah dia di akhirat juga dan lebih sesat dari jalan yang sebenarnya” (Al-isra’ : 72)

Mohon dijauhi dari golongan ini...


YA ALLAH,JADIKANLAH KAMI DARI ORANG2 YANG BERILMU,ORANG2 YANG CINTAKAN ILMU,DAN ORANG2 YANG DAMBAKAN KASIH SAYANG MU..
YA ALLAH,JANGAN JADIKAN KAMI DARI KALANGAN ORANG2 YANG TIDAK BERSYUKUR..
DAN JANGAN JADIKAN KAMI DARI GOLONGAN ORANG2 YANG MELAMPAUI BATAS..
SESUNGGUHNYA,HANYA DIKAU YANG KAMI DAMBAKAN KASIH SAYANG MU,DAN YANG HANYA DIKAU KAMI MOHON PETUNJUK..
AMIN YA ROBBAL ALAMIN..







Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...