Salam Pembuka Bicara

Selasa, 10 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul,,,,

Salam Maulidur Rasul kepada semua pengunjung yang sudi mengunjung blog saya yang tidak seberapa ini..

Marilah kita sama-sama menyampaikan selawat serta salam keatas junjungan besar,Sayyidina Muhammad S.A.W.,moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang mendapat keampunan dari Allah Taala dan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak,Amiiiin Ya Robbal Alamin...

Dan ingatlah,ketika mana Allah Taala menyeru hambanya yang beriman,supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad,"Sesungguhnya Allah dan Malaikat2Nya berselawat ke atas nabi,wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah dan salam ke atasnya......"

Ini merupakan dalil yang mana menunjukkan keharusan untuk kita berselawat ke atas nabi,malahan menjadi wajib untuk membaca selawat ibrahimiyyah didalam tasyahhud awal dan akhir dalam solat fardhu dan sunat...

Dan ingatlah,sebagaimana sabda Nabi muhammad,"barangsiapa yang berselawat ke atas aku sekali,Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali..."Berselawat bukan lah susah,hanya sekadar menyebut Allahumma Solli Wa Sallim 'Ala Nabiyyil Mustofa....

Ringan pada lidah,berat pada timbangan....

Fikir2kanlah....

Hamba yang dhoif ini hanya mampu untuk memberi peringatan,kerana itulah yang disuruh oleh Rabbul alamin....

tetapi ingat,janganlah hanya sekadar berselawat dalam bulan kelahiran nabi ini sahaja,malah berterusanlah dan istiqamah walaupun dalam satu hari kita hanya mampu berselawat sekali...
mengekalkan yang sedikit,lebih baik dari membuat banyak tapi tidak istiqamah...

ALLAHUMMA SOLLI WA SALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD....

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...