Salam Pembuka Bicara

Jumaat, 24 Julai 2009

satu kisah...

Dikisahkan bahawa suatu hari Nabi Isa a.s. berjalan-jalan,maka terpandanglah baginda pada sebuah gunubg yang sangat besar maka baginda pun mendakinya sehingga sampai pada sebuah batu yang sangat putih,lebih putih dari warna susu..

Apabila baginda melihat batu itu,baginda sangat kagum sehingga terpusing-pusing mengelilingi batu tersebut.Kemudian Allah Taala mewahyukan pada baginda,"Wahai Isa,mahukan kamu kalau aku tunjukkan yang lebih indah dan yang lebih mengagumkan dari ini?.."

Maka berkata Nabi isa,"Ya,aku ingin melihatnya"..Setelah baginda berkata demikian,maka pecahlah batu besar tersebut,dan keluarlah dari hancuran batu putih itu seorang lelaki tua berjubah putih sedang solat,dan disisinya ada sebatang tongkat dan setangkai anggur..

Apabila nabi Isa melihat keadaan orang tua itu,maka baginda pun bertanya,"Wahai syeikh,apakah yang sedang kamu perbuat disini?"..
Syiekh itu menjawab,"Inilah rezeki yang Allah berikan setiap hari".
Nabi Isa bertanya lagi,"Sejak berapa lama kamu beribadat disini?"..Syeikh menjawab,"aku sudah berada disini hampir 400 tahun"..

Kemudian Nabi Isa bermunajat kepada Allah Taala,"Ya Allah,adakah Engkau mencipta sesuatu yang lebih hebat dari apa yang aku saksikan daripada orang tua ini?"..

Allah mewahyukan pada Nabi Isa,"Wahai Isa,kalaulah umat akhir zaman (umat Nabi Muhammad) menjumpai bulan syaaban,maka mereka mengerjakan solat baraah pada malam pertengahan bulan itu,(malam nisfu syaaban)nescaya solat itu lebih baik dari ibadata hambaku ini selama 400 tahun"..
Kemudian nabi Isa berkata:"Alangkah bahagianya diri ini sekiranya aku dapat menjadi umat nabi akhir zaman (umat nabi muhammad)"..

p/s:-jangan lepaskan peluang ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...