Salam Pembuka Bicara

Khamis, 19 November 2009

time kasih yg tak terhingga...AJK BPP...

Alhamdulillah...
selesai kami ,ajk BPP,ber'meeting' buat kali kedua...
bajet masa yang daku anggarkan tersasar,bukan sedkit tersasar,tp banyak...
hampir sejam tersasar dari waktu yg ku jangkakan..

tp,pepun,itu sudah menjadi ketentuanNya..
sudah percaturan hidup yang telah ditentukan oleh Pencipta..
apakan daya diri ini,untuk mengatakan tidak atas segala kehendaknya?..

Alhamdulillah..
segala agenda yang perlu kami bincangkan pd malam ini berjalan lancar...
semua ajk memberi kerjasama..
terasa terharu ada,segan ada,malu pun ada..
serba serbi bercampur..

tapi,pepun..
hanya satu yang ingin ku hamparkan pada semua AJK BPP..
sekalung penghargaan terima kasih..
terima kasih...
terima kasih..
semoga Allah membalas jasa korang dengan setimpalnya...

nampak sungguh bersemangat ajk2 baru nie..
sampai kan diriku ini pun berasa segan..
mereka bersemangat..
aku????..

dan ingin ku lontarkan,bahawa setiap perkara yang kita kerjakan,dengan syarat IKHLAS kepadanya,dan tidak melanggar syariatnya,ada sesuatu yang diperolehi...
dan tidak ada yang diminta oleh hamba,selain keredhaan dari TUANNYA..

Ya Rabb..
panjangkanlah umurku,dalam mentaati perintahMu dan perintah RasulMu..
serta berikanlah aku petunjukmu,agar tidak tersasar dari niat ku pd MU...

"Bekerjalah bersama saya,bukan untuk saya,tp untuk sesama kita"...

Diharap sama2lah kita membantu untuk meringankan kerja..ingat,setiap perkara baik yang kita buat,ada yang melhatnya,ada yang memberikan ganjarannya...

InsyaAllah...

Ya Robb,Ente Maqsudi,Redhoka Matlubi...

Selasa, 17 November 2009

Pesanan untuk Lidah

1-Rasulullah menemui kaum yang menggunting lidahnya sendiri

2-Sebuah lubang kecil keluar darinya binatang yang besar dan cuba masuk kembali tetapi tidak boleh

3-melihat kaum yang berkuku tembaga menggaru muka dan dada mereka.Merekalah kaum yang suka makan daging mausia iaitu dengan mengumpat mereka.

4-melihat kaum yang dikoyakkan punggungnya lalu disuruh mereka memakannya secara paksa.Itulah gambaran orang suka mencaci orang lain

5-Melihat malaikat memegang manusia,dan ditangannya ada penyangkut lalu disangkutkan di pipi kanan orang tersebut.Itulah gambaran seksaan orang yang suka menyebar fitnah.

Allah Taala berfirman: ( Wahai orang2 yang beriman,janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan lelaki lain,kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,kerana harus permuan yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka,dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain,dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.Larangan-larangan tersebut menjadikan orang yang melakukannya menjadi fasik,maka amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman dan ingatlah,sesiapa yang tidak bertaubat dari perbuatan fasiknya,maka merekalah orang2 yang zalim...)


:-kekasihku Ya Rasulullah..
Syeikh Maqari' Hj. Othman Bin Hamzah

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...