Salam Pembuka Bicara

Isnin, 31 Januari 2011

~cerita tentang mereka~

Alhamdulillah..
kesempatan bercuti,pulang ke tanah air kali nie,ku cuba untuk memanfaatkannya sebaik mungkin..

walaupun ada teman2 disana,mempertikaikan kepulanganku ke sini,tapi kali ini,ku kira ia sebagai satu faedah,yg bukan senang untuk diperolehi,mencabar jiwa dan juga mental..

Kg. Sekijang,Felda Kemelah,Segamat,Johor Darul Takzim
Pertama kali menjejakkan kaki ke tanah Negeri Johor Darul Takzim...
pernah terdetik sebelum ini untuk memijakkan kaki ke negeri ini,sekarang baru berkesempatan..
menuju ke Kg. Sekijang ini,memang hampir2 mencabar mental..
tidak pernah ku masuk ke hujung kampung,jauh dari kesibukan hiruk pikuk bandar n kota,dan sekarang,aku telahpun memasuki satu kawasan pedalaman,Kampung Sekijang,yg untuk memasuki kampung ini perlu untuk meredah kawasan Felcra Dan Felda Kemelah..
ini entah kali ke berapa ku memasuki kawasan Felda..
kalau dahulu,sentiasa masuk ke Felda Bukit Rokan di Kuala Pilah,Negeri Sembilan,kerana asal-usulku juga dari sana...
kali ini,memasuki Felda Kemelah,untuk ke Kampung Sekijang,mencari saki-baki waris terdekat n jauh,yg masih ku belum mengenali mereka,sampailah saat ku ketemui mereka di sana..

rumah pertama yg kami singgahi..

agak usang dan buruk..
tidak pernah ku naik ke rumah seusang begitu..
sayup hati melihat keadaan rumah tersebut,beserta penghuninya sekali..
sepanjang perjalanan dari Seremban ke Kampung Sekijang ini,kami senantiasa 'ditemani' oleh titisan hujan dari langit..
ingatkan,kedatangan kami akan disambut lebih hemah dan tertib,tapi apakan daya..
kami disambut,dengan air sungai yg sudah mencecah ke gigi tebing,dan rumah seusang begitu,dengan tirisan air hujan menitis di atas kepala kami..
terdetik di hatiku,andaiku melompat sekali atas rumah nie,nescaya akan berlubang papan landai rumah nie..
agak dhaif,tp aku percaya,masih ramai lagi yang lebih teruk kedhaifannya dari keluarga pertama ini...
keluarga pertama ini merupakan salah satu keluarga generasi pertama yg datang berkampung di Kampung Sekijang ini..
dengan berbekalkan bantuan daripada RISDA untuk membantu mereka mengusahakan tanaman getah seluas 8 ekar,mereka anak-beranak cuba sedaya upaya untuk mencari rezeki..
melihat kepada kesungguhan mereka mencari rezeki,aku agak terpukul dengan sedikit terpalit rasa malu di muka,bilamana melihat usaha mereka mencari rezeki,aku pula..???

يا رب ؛اغفرلي
اللهم اجعلنا من عبادك الشاكرين

bersambung bersama keluarga-keluarga lain di sana nanti,InsyaAllah...

Selasa, 18 Januari 2011

~Alhamdulillah~

Alhamdulillah...
tepat jam 9.25 minit,tayar flight mendarat di landasan KLIA...
tuan punya badan,Alhamdulillah,dalam semangat serta tubuh badan yg sihat,gembira menanti untuk keluar dari Balai Ketibaan...

Kisah kotak2ku...
erm..
Alhamdulillah,tuan punya badan,selamat sampai,bersama traveller bag as hand luggagge..
tp,kotak2ku,yg dikargo...
tidak kelihatan di baggage reclaims..
hampir 45 minit ku tunggu2..
smpai semua bagasi dah diambil oleh tuannya..
tinggallah aku terpinga2...
erm..
mencari2 pekerja2 di sana,n disuruh untuk buat report hilang bagasi..
terus ku buat laporan,dan diberitahu,seandainya dijmpai,kotak2 tersebut akan terus dihantar ke Airport KB...
aku mengangguk tanda setuju n faham..
Tawakal memenuhi ruangan hati..
kotak2 yg kesemuanya amanah orang untuk disampaikan pd famili masing2 di tanah air..
rasa bersalah memenuhi ruang hati ku..
erm..

~kisah di Bahrain~
sejam lebih sebelum melangkah kaki masuk ke flight untuk terbang ke tanah air..
ku dapat gembira..
cuma..
perasaan bimbang dan khuatir menjengah..
mampukah aku..
mampukah aku...
gembira dalam sedih..
berita gembira..
tetapi membuatkan ku
rasa galau yg teramat..
tidaklah sesal..
cuma...perasaan g dtg seakan2 membuatkanku berfikir kembali..
bersediakah aku??

teringat bait qasidah Salamun Salam
Ya Robb...

سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام

erm..

Ya Wadud..
siramilah hatiku dengan kasih sayangMu..
andai ini kehendakMu..
siapa daku untuk menolak..
hanya insan faqir,yg menuntut redhaMu..

Ighfirli..
Ighfirli..
Ighfirli..
Ya Ghofur..

Isnin, 17 Januari 2011

~permusafiran~

Bismillah..
saat persiggahan sementara di bumi Bahrain,selama lebih kurang 5 jam..
pelbagai ragam manusia ku lihat..
dari sekecil2 bayi,sehinggalah setua2 manusia...
~teringat lawak Dr. Nail Abu Ziad dalam kelas I'jaz..."nin bahar",,
hehe...

perkenalan dengan seorang Pak Cik,Ismail namanya,dari Bumi penuh tragis,Palestina,yg dalam perjalanan ke Bangladesh untuk mengikuti Ijtima' Jamaah Tabligh di sana..
melihat gelagat beliau,memang agak menyentuh hati..
sedikit sebanyak memberi kesan pdku...

~permusafiran mengubat luka~

rancangan untuk bermusafir ke bumi Syria terpaksa ku lupakan,dan diganti dengan permusafiran pulang ke tanah air..
ramai yg membantah kepulangan ku ini,dari serapat2 teman,sampailah sejauh2 teman-jauh dari mata-...
tp,apakan daya,antara keperluan diri dan keperluan 'mereka' yg mungkin ada hajat untuk disampaikan padaku...
ku pilih untuk bersama mereka..
sekurang2nya..
aku dapat dua dalam satu..
itu pada pikiran ku..

Benar,agak terkesan dengan beberapa kejadian yg amat2 menyedihkan aku..
tiada yg mampu aku lakukan selain hanya dapat mengadu pdNya,dan mereka2 yang senantiasa aku ingin bersama..

pepun,ku sudah anggap kejadian tersebut sebagai satu salah faham..
walaupun padaku,mungkin mereka masih belum mengenali diri ini,dan masih belum memahami tindakan dan niatku..
kalaulah mereka ada tindakan dalam tindakan,aku juga begitu..
ketahuilah,bahawa aku tidak pernah sesal,walaupun terpaksa memakan diri..

pepun,ku sudah melepaskan semuanya..
cuma sekarang,satu perkara yg ku tertunggu-tunggu..
mungkin satu saat,ia akan terlafaz darinya.....
menunggu khabar baik..
moga2 hendaknya....

~seronok melihat gelagat manusia dari pelusuk dunia~..
moga2,permusafiran,dapat membuka 'penglihatanku' dan juga 'penglihatan' mereka..
moga2 begitu...

Bahrain International Airport..
5.13 pm
Bahrain

Sabtu, 1 Januari 2011

~tidak pernah ku menyangka~

masih diberi kesempatan,merasai nikmatnya rasa BERSAHABAT...

secara jujurnya,aq tetap merindui sahabat2ku yg masih meneruskan langkah,di ardu kinanah,di bumi Yemen dan di tanah air sana..

mengubati diri disini,tetap ku cuba mencari sahabat buat peneman di waktu senang dan susahku sepanjang di bumi Urdun ini..

tidak pernah ku memikirkan.
tidak pernah ku menyangkakan,jalinan ukhwah yg aku cuba bina disini menjadi buah2 fitnah padaku...

tp,apakan daya,pemikiran orang,tidak mampu ku kawal..
perbuatan yg baik,dipandang serong..
ku ingatkan sudah mengenali diri ini,tetapi apakan daya,pemikirannya tak dapat ku baca...

masihku rasa berteman,bilamana masih ada yang sanggup menemaniku,dan cuba membantuku...
aku masih beruntung,mempunyai sahabat2 yg setia bersamaku...
moga2 persahabatan kita ini tidak menjadi fitnah diantara kita..
hanya itu yg mampu aku luahkan...

aq tak mahu,sebuah ukhwah yg hanya bersifat sementara..
kemesraan yg bersifat sementara,walaupun ku sedar,akan berputusan akhirnya...

"Sungguh,kalau diriku ini berubah atau tidak,kalau hatiku ini berbolak balik atau tidak,kalau diriku yang sebenar atau tidak,nescaya sayangku tetap sayang,ukhwahku tetap ukhwah,cintaku tetap cinta,kerana,WALLAHI,sayangku,ukhwahku,cintaku pdmu adalah kerana Allah..berdoalah,persis doa nabi tatkala bersedih,Allahummahdie qaumi,fainnahum la ya'lamun...."mesej seorg sahabat yg banyak membantuku...

Allahummahdihi,fainnahu la ya'lam...

masih berbekas di hati ini..
bilamana,jalinan yg ku sangkakan cukup membuatkan kami kenal hati budi masing2,tapi,rupa2nya tidak sampai separuh...
masakan mampu untuk ku mengawal perasaan ini....
pabila dilabel sedemikian rupa...

time kasih pd sahabatku yg setia bersama ku...
A.M...N dan N..F.....H

moga2,persahabatan kita atas dasar ukhwah KERANANYA..
CINTA kita KERANANYA..
SAYANG kita KERANANYA...


عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
Semoga Allah mengubati hati yang sakit

بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan

فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang

يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام
Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...