Salam Pembuka Bicara

Isnin, 26 April 2010

::sekadar renungan bersama::




Bismillah,Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah....

terkesan hati ini,bila mendapat satu emel,yang dihantar seorang rakan...
terasa betapa bersyukurnya,dianugerahkan anggota badan yang sempurna,tiada cacat cela..
terasa,betapa tersangat berdosa diri ini,tidak mensyukuri segala pemberian serta anugerah dariNya...



Pemuda diatas,diberi nama Ibrahim Nasser,berasal dari Bahrain...
Lumpuh sepenuhnya sejak beliau lahir,hanya mampu menggerakkan jari jemarinya dan kepalanya...
Bahkan,pernafasannya dibantu alat sokongan pernafasan...

Ibrahim Nasser,mengagumi seseorang,Syeikh Nabeel Al-'Iwadi,seorang ulama' dari Kuwait...
Beliau (Ibrahim) menanam hasrat untuk berjumpa serta bertemu dengan Syeikh Nabeel...
Akhirnya,ayah Ibrahim,memohon Syeikh Nabeel untuk menunaikan hajat anakandanya...



(gambar diatas-Syeikh Nabeel,di lapangan terbang semasa dalam perjalanan untuk memenuhi permintaan beliau)



gambar atas-tikamana Syeikh Nabeel membuka pintu bilik,Ibrahim Nasser di rumahnya...



Terpancar kegembiraan di wajah Ibrahim,tatkala melihat seorang ulama' yang dikaguminya,yang dihajatinya untuk ketemu...

Syeikh Nabeel,mengucup kepala Ibrahim...



::Syeikh Nabeel bersama ayah Ibrahim::



Syeikh Nabeel bersama Ibrahim,sama-sama berkongsi pendapat mengenai Dakwah menerusi internet...



Dalam perbualan mereka,Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan kepada Ibrahim,yang telah mengakibatkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan beliau,menghamburkan air mata...
mengenangkan segala kepedihan dalam hidup beliau...



Syeikh Nabeel mengelap airmata Ibrahim serta menenangkannya..





Teman-teman,sahabat-sahabat...
tahukan kalian,soalan apakah yang telah ditanyakan Syeikh Nabeel kepada Ibrahim,yang membuatkan Ibrahim,teresak-esak menangis??

::seandainya beliau,Ibrahim,diberikan NIKMAT KESIHATAN sehingga beliau dapat berjalan,apakah yang akan dilakukan oleh beliau?::

Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehinggakan ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis ...

Ya Allah!!!

Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.

Subhanallah!!!
keinginan seorang yang lumpuh,cacat...

KITA!!!
SEMPURNA TUBUH BADAN,SIHAT WALAFIAT...
tp..
tidak mampu melangkah kaki,walaupun MASJID BEBERAPA LANGKAH SAHAJA dari rumah!!!!


::
ku paparkan emel ini,
sekadar renungan bersama...
sekadar peringatan bersama..
::

hayatilah Hadis Rasulullah::


::Sesungguhnya Allah Taala pemberi Taufiq dan Hidayah::


Ya Robb...
Ente Maqsudi...
Redhoka Matlubi
Ya Allah..
FAghfirlana::::::

Jumaat, 9 April 2010

::Perginya seorang::


Bismillahi,wassolatu wassalam 'ala Rasulillah,wa 'ala alihi wasohbhihi ajma'in..

terbuka hati hari ini,tuk 'metek' keyboard,setelah agak lama menyepikan diri dari meng'update' blog nie..

Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:-
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)..

إنا لله وإنا إليه راجعون

kembalinya ke Rahmatullah Baqiyyatus Salaf Wa Sayyidul Khalaf al-Quthub al-Imam al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf (1331/1911 – 1431/2010)..

Wafatnya Al'Alim Al-'allamah AlHabib tanggal 4 April 2010,di Jeddah pada umur 100 tahun...



Sayyiduna Abu Darda رضي الله عنه berkata:
Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]

::semoga kesinambungan perjuangan al'alim 'allamah alhabib yang diwarisi dari Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم akan terus terpancar di muka bumi::

untuk rujukan :-
1- http://al-fanshuri-kenaliulama.blogspot.com/2010/04/baqiyatus-salaf-wa-sayyidul-khalaf-al.html
2- http://www.alhabibomar.com/NewsItem.aspx?SectionID=2&RefID=119

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...