Salam Pembuka Bicara

Sabtu, 13 Jun 2009

nie salah satu hasil aku yang x jadik...

Nie adalah satu hasil aku,yang aku ingat leh jadik artikel,tapi cam cerpen lak...huhu...jadikan iktibar yer...biase la..first time...

Sebuah daerah kecil yang terletak dibawah naungan Negeri Al-Karak,HK Jordan.Daerah Mu’tah juga terkenal dikalangan pelajar Malaysia di Jordan ini dengan jolokan ‘pekan koboi’,kerana memang rata-rata kehidupan masyarakat disini masih lagi ditahap rendah.

Menjalankan perniagaan merupakan aset utama bagi masyarakat arab di bumi Mu’tah ini.Tidak hairanlah jika anda masuk ke pekan Mu’tah ini anda akan disambut dengan deretan kedai,samada perniagaan berasaskan makanan,kasut,pakaian dan sebagainya.

Dan ditengah-tengah pekan kecil ini tersergam indah masjid Syuhada’,yang menjadi destinasi utama bagi pelajar lelaki menunaikan solat fardhu.Dan suatu yang menghairankan,masjid ini tidak sunyi dari kehadiran ahli jemaahnya,ini terbukti dengan kehadiran jemaah yang ‘maintain’.Ini menunjukkan yang majoriti masyarakat arab disini beragama Islam,dan meletakkan SOLAT itu sebagai tiang dalam kehidupan seharian mereka.

Sememangnya,pekan ini sama dengan pekan-pekan yang lain,tidak lari dari keadaan bising,dengan bunyi hon yang memecahkan kesunyian pekan ini.Ditambah pula jika ada majlis perkahwinan makin ‘berserilah’ pekan Mu’tah ini dengan pekikan hon-hon kenderaan.Kadang-kadang kita juga dapat melihat kerenah arab sesama mereka.

Rata-rata arab disini dapat menerima insan ajnabi yang berkelana ke tanah mereka.Ini terbukti dengan keramahan mereka yang melayan masyarakat ajnabi,dan keprihatinan mereka terhadap masyarakat ajnabi.Ya,memang tidak dinafikan memang terdapat orang Arab yang tidak dapat bertoleransi secara baik dengan pelajar melayu,tetapi tidaklah ramai.Dan kita tidak seharusnya menjadikan isu itu sebagai penghalang dalam mengejar cita-cita kita sebagai penuntut ilmu.

Walaupun Mu’tah ini memang kekurangan dari aspek pembangunan,tapi itu tidak menjadi suatu halangan kepada para pelancong untuk melawat ke Mu’tah.

Mu’tah mempunyai tarikannya yang tersendiri,walaupun keadaan daerahnya yang tidak teratur,tetapi masih lagi menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara Jordan itu tersendiri.Peperangan Mu’tah yang mencatat sejarah dalam ketamadunan Islam telah berlaku pada tahun 8H disebabkan pembunuhan Al-Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan Rasulullah kepada Raja Busra.Dalam masa yang singkat,tentera muslimin dapat dikumpulkan iaitu seramai tiga ribu orang.Namun,Rasulullah tidak turut serta dalam peperangan ini.

Peperangan ini menyaksikan gugurnya tiga syuhada’ yang terbilang iaitu Zaid bin Harithah,Jaafar bin Abi Thalib,dan Abdullah bin Rawahah.Jasad ketiga-tiga sahabat ini disemadikan di Al-Mazar,daerah jiran Mu’tah.Dan sehingga kehari ini,masih ramai pengunjung yang berkunjung ke ‘makrakah Mu’tah’ ini,hatta pelancong dari Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk melihat secara lebih dekat salah satu kawasan peperangan yang telah tercatat dalam sejarah ini.


lawak gak bile bace banyak kali..ye la...cam lawak jew...aku bantai jew ape yang ade dalam otak...hahaha..

p/s:jadikan iktibar yer...jangan nak kutuk2 aku dah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...