Salam Pembuka Bicara

Rabu, 8 April 2009

intabih ya ikhwani.............

Dalam perjalanan nabi alaihissolatuwassalam,dalam peristiwa isra' dan mikraj,Rasulullah telah terlihat seorang yang sangat tua sekali hampir tidak kuasa untuk berjalan...

Maka telah berkata Jibril Alaihissalam,itulah perumpamaan mengenai dunia yang sudah tua...

Dunia yang kita duduki ini,sebelum kita duduki telah berlalu zaman yang berjuta-juta tahun....kalaulah zaman nabi pun dunia sudah tua,masakan pula zaman kita...
jarak kita dengan nabi lebih seribu empat ratus tahun...

Marilah sama-sama kita menginsafi dan sedar kelalaian kita selama ini..Dunia ini telah tua..Ia akan menamatkan riwayatnya dengan kehendak Allah Taala...Hanya tinggal menunggu hari kiamat...

Awas dan ingatlah,untuk ke sana memerlukan bekalan,yang memerlukan pengorbanan yang besar dari kita..
sanggupkah kita menanggung seksaan Allah yang teramat pedih itu,jika tanpa bekalan?...

:- dari buku,
Kekasihku Ya Rasulullah,
karangan Syeikh Al-Maqari',Haji Othman Bin Hamzah

benarnya taubat............

Dan telah berkata Ibrahim Bin Adham,daripada tanda2 benarnya taubat seorang hamba daripada dosa,ialah wujud di dalam hatinya selepas daripada taubatnya kelazatan yang tidak terhingga.....

dan barangsiapa yang mengakui telah bertaubat tapi tidak kedapatan di dalam hatinya perasaan kelazatan sesudah bertaubat,sesungguhnya dia telah menipu....dan dia akan kembali melakukan dosa dan maksiat...

nauzubillah min zalik....

intabih wahai ikwani....

"...sesungguhnya Allah taala suka kepada orang yang bertaubat dan yang orang2 yang bersuci..."



:-kitab Al-Anwar Qudsiah fi Makrifati Qowaid Sufiah.
pengarang:-Al-Imam Allamah Abdul Wahab As-Sya'rani
juzu awal...

Selasa, 10 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul,,,,

Salam Maulidur Rasul kepada semua pengunjung yang sudi mengunjung blog saya yang tidak seberapa ini..

Marilah kita sama-sama menyampaikan selawat serta salam keatas junjungan besar,Sayyidina Muhammad S.A.W.,moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang mendapat keampunan dari Allah Taala dan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak,Amiiiin Ya Robbal Alamin...

Dan ingatlah,ketika mana Allah Taala menyeru hambanya yang beriman,supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad,"Sesungguhnya Allah dan Malaikat2Nya berselawat ke atas nabi,wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah dan salam ke atasnya......"

Ini merupakan dalil yang mana menunjukkan keharusan untuk kita berselawat ke atas nabi,malahan menjadi wajib untuk membaca selawat ibrahimiyyah didalam tasyahhud awal dan akhir dalam solat fardhu dan sunat...

Dan ingatlah,sebagaimana sabda Nabi muhammad,"barangsiapa yang berselawat ke atas aku sekali,Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali..."Berselawat bukan lah susah,hanya sekadar menyebut Allahumma Solli Wa Sallim 'Ala Nabiyyil Mustofa....

Ringan pada lidah,berat pada timbangan....

Fikir2kanlah....

Hamba yang dhoif ini hanya mampu untuk memberi peringatan,kerana itulah yang disuruh oleh Rabbul alamin....

tetapi ingat,janganlah hanya sekadar berselawat dalam bulan kelahiran nabi ini sahaja,malah berterusanlah dan istiqamah walaupun dalam satu hari kita hanya mampu berselawat sekali...
mengekalkan yang sedikit,lebih baik dari membuat banyak tapi tidak istiqamah...

ALLAHUMMA SOLLI WA SALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD....

Rabu, 25 Februari 2009

Wasiat Ahli Sufi (2)

Telah berkata Sahl Ibn Abdullah Al-Tashtari:-Bersyukur dengan ilmu ialah AMAL,bersyukur dengan amal ialah MENAMBAHKAN ILMU.....

Dan telah berkata Abdullah Ibn Muhammad Al-Khirazurrazi:-Lapar ialah makanan bagi orang-orang yang zuhud,dan zikir ialah makanan bagi orang-orang yang arif...

Dan telah berkata Abu Husin Al-Warak Al-Naisaiburi:-Tanda kasih kita pada Allah Taala ialah kita ikut akan kekasihnya,Nabi Muhammad S.A.W....

Dan telah berkata Khairrunnisaj:-Sabar ialah daripada akhlak lelaki,dan redha ialah daripada akhalak-akhalak yang mulia...

Dan telah berkata Abu Ali As-Saqafi:-Ilmu ialah nyawa hati,dan cahaya mata bagi kegelapan...

Dan telah berkata Ibrahim As-Syaibani:-Orang yang bodoh ialah orang yang tidak takut pada Allah Taala...

Dan telah berkata Ibrahim As-Syaibani:-Orang yang bodoh ialah orang yang membuat maksiat kepada Allah Taala...

Dan telah berkata Haris Al-Hasibi:-Pada setiap sesuatu itu ada permata,dan permata bagi manusia ialah akal,dan permata bagi akal ialah SABAR...

Rujukan:-Kitab Mawaqif Sufiah....

Selasa, 24 Februari 2009

Wasiat Ahli Sufi....

Dan telah berkata Sara As-Saqti:-Adab itu terjemahan daripada akal...

Dan telah berkata Abu Sulaiman Ad-Darani:-Yang menyampaikan sesuatu diantara Allah dan daiantara hambanya ialah muhasabah....

Dan telah berkata Abu Sulaiman Ad-Darani:-Setiap sesuatu perkara itu ada maharnya,dan mahar syurga ialah tinggalkan dunia dan apa didalamnya...

Dan telah berkata Abu Sulaiman Ad-Darani:-Amal yang utama ialah melawan hawa nafsu...

Dan telah berkata Hatim Al-Asim:-Asal taat itu tiga perkara:Takut, berharap dan kasih sayang..
Dan asal maksiat itu tiga perkara:Takabbur,hasad dan dengki...

:-rujukan-Kitab Mawaqif Sufiah...






Dan tidak lah ade amal yang lebih mudah dari sama2 nasihat-menasihati,kerana itulah yang disuruh oleh Allah dan Rasulullah....
semoga kita sama2 dapat manfaat darinya...

Amiiiin........

Rabu, 4 Februari 2009

kelik pah,kelik pah,cuti pom habis....

ho las....
mgu nie minggu terakhir cuti fasal awal...
hm....
mgu ishab idofi...oloh,mgu tasjil madah r...
hm..
pakat2 sibuk blako,duk daftar madah gapo nok amek fasa thani depan...
x kiro,budok br maghi ko,ssenior ko,srupo blako,pakat duk sibuk mentasjil madah...
hoho...
tp bringat la wei....
tasjil2 jugok...
jangan bo tasjil madah sajo....
tp kelas x g....
wak prabih duit byr rusum gituh...
hm..
betul2 la niat tue,mai cni nak blaja,bukan mai cuti2 malaysia ko,mesir ko....
bringat la tue deh..
jange duk lagha sgt..
huhu..
n...
lastly,
ambo pom nk ucapkan tahniah la kepada ustazah2,ustaz2 hok khirij fasal awal nie...
selamat pulang ke tanah air n jangan abaikan tanggungjawab kite sebagai seorg muslim....
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM....

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...