Salam Pembuka Bicara

Rabu, 25 Februari 2009

Wasiat Ahli Sufi (2)

Telah berkata Sahl Ibn Abdullah Al-Tashtari:-Bersyukur dengan ilmu ialah AMAL,bersyukur dengan amal ialah MENAMBAHKAN ILMU.....

Dan telah berkata Abdullah Ibn Muhammad Al-Khirazurrazi:-Lapar ialah makanan bagi orang-orang yang zuhud,dan zikir ialah makanan bagi orang-orang yang arif...

Dan telah berkata Abu Husin Al-Warak Al-Naisaiburi:-Tanda kasih kita pada Allah Taala ialah kita ikut akan kekasihnya,Nabi Muhammad S.A.W....

Dan telah berkata Khairrunnisaj:-Sabar ialah daripada akhlak lelaki,dan redha ialah daripada akhalak-akhalak yang mulia...

Dan telah berkata Abu Ali As-Saqafi:-Ilmu ialah nyawa hati,dan cahaya mata bagi kegelapan...

Dan telah berkata Ibrahim As-Syaibani:-Orang yang bodoh ialah orang yang tidak takut pada Allah Taala...

Dan telah berkata Ibrahim As-Syaibani:-Orang yang bodoh ialah orang yang membuat maksiat kepada Allah Taala...

Dan telah berkata Haris Al-Hasibi:-Pada setiap sesuatu itu ada permata,dan permata bagi manusia ialah akal,dan permata bagi akal ialah SABAR...

Rujukan:-Kitab Mawaqif Sufiah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...