Salam Pembuka Bicara

Isnin, 31 Januari 2011

~cerita tentang mereka~

Alhamdulillah..
kesempatan bercuti,pulang ke tanah air kali nie,ku cuba untuk memanfaatkannya sebaik mungkin..

walaupun ada teman2 disana,mempertikaikan kepulanganku ke sini,tapi kali ini,ku kira ia sebagai satu faedah,yg bukan senang untuk diperolehi,mencabar jiwa dan juga mental..

Kg. Sekijang,Felda Kemelah,Segamat,Johor Darul Takzim
Pertama kali menjejakkan kaki ke tanah Negeri Johor Darul Takzim...
pernah terdetik sebelum ini untuk memijakkan kaki ke negeri ini,sekarang baru berkesempatan..
menuju ke Kg. Sekijang ini,memang hampir2 mencabar mental..
tidak pernah ku masuk ke hujung kampung,jauh dari kesibukan hiruk pikuk bandar n kota,dan sekarang,aku telahpun memasuki satu kawasan pedalaman,Kampung Sekijang,yg untuk memasuki kampung ini perlu untuk meredah kawasan Felcra Dan Felda Kemelah..
ini entah kali ke berapa ku memasuki kawasan Felda..
kalau dahulu,sentiasa masuk ke Felda Bukit Rokan di Kuala Pilah,Negeri Sembilan,kerana asal-usulku juga dari sana...
kali ini,memasuki Felda Kemelah,untuk ke Kampung Sekijang,mencari saki-baki waris terdekat n jauh,yg masih ku belum mengenali mereka,sampailah saat ku ketemui mereka di sana..

rumah pertama yg kami singgahi..

agak usang dan buruk..
tidak pernah ku naik ke rumah seusang begitu..
sayup hati melihat keadaan rumah tersebut,beserta penghuninya sekali..
sepanjang perjalanan dari Seremban ke Kampung Sekijang ini,kami senantiasa 'ditemani' oleh titisan hujan dari langit..
ingatkan,kedatangan kami akan disambut lebih hemah dan tertib,tapi apakan daya..
kami disambut,dengan air sungai yg sudah mencecah ke gigi tebing,dan rumah seusang begitu,dengan tirisan air hujan menitis di atas kepala kami..
terdetik di hatiku,andaiku melompat sekali atas rumah nie,nescaya akan berlubang papan landai rumah nie..
agak dhaif,tp aku percaya,masih ramai lagi yang lebih teruk kedhaifannya dari keluarga pertama ini...
keluarga pertama ini merupakan salah satu keluarga generasi pertama yg datang berkampung di Kampung Sekijang ini..
dengan berbekalkan bantuan daripada RISDA untuk membantu mereka mengusahakan tanaman getah seluas 8 ekar,mereka anak-beranak cuba sedaya upaya untuk mencari rezeki..
melihat kepada kesungguhan mereka mencari rezeki,aku agak terpukul dengan sedikit terpalit rasa malu di muka,bilamana melihat usaha mereka mencari rezeki,aku pula..???

يا رب ؛اغفرلي
اللهم اجعلنا من عبادك الشاكرين

bersambung bersama keluarga-keluarga lain di sana nanti,InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...