Bismillahirrahmanirrahim..
mengimbas kembali kenangan-kenangan bersama rakan seperjuangan di bumi Maahad suatu ketika dahulu,perassan rindu yang teramat menggamit diri..
membuatkan diri serba x kena..
menyebabkan ketidakselesaan pada diri..
Alhamdulillah,kesempatan balik ke Malaysia cuti sem soifi yang lepas,memberikan peluang kepadaku untuk melunaskan perasaan yang terbungkam di hati...
kesempatan untuk bersua muka dengan sahabat2 seperjuangan bumi Maahad suatu ketika dahulu,amat ku dambakan sekarang..
mujurlah,ade gambar2 kenangan-kenangan bersama,ku jadikan pengubat rindu terhadap kalian..
hajat untuk bertandang ke Ardi kinanah Mesir tahun ini,terpaksa dibatalkan..
walaupun banyak plan yang telah dirancang bersama teman-teman di seberang sana..
duhai teman,ku mohonkan ribuan kemaafan kerna tak dapat memenuhi hajat kalian..
masih teringat ketika mana,hampir setiap malam,kita duduk bersila,di sakan F,asrama alternatif dahulu...
pelbagai topik,tajuk yang diutarakan..
pengajian kitab yang dipimpin abang long kami,Sofuan...
meeting sakan F n G,yang dipengerusikan oleh Haikal n Fathi..
Ya Allah..
kerinduan membangkitkan semangat tuk bersua..
kesempatan bersama adik-adik di bumi maahad
masih teringat..
janji kita,tuk bersama2 hatta sehingga tua..
masih teringat perjanjian bersama yang dimeterai di perut masjid sekolah..
masih teringat susah payah,sakit perit bersama ketika mana sama-sama menghadapi kesukaran bersama satu ketika dahulu..
kesemuanya diimbas kembali untuk menghilangkan kerinduan pada kalian..
benar..
ukhwah itu jika dirasai lebih manis daripada madu..
masih teringat,satu ketika di mana sama-sama menyambut hari lahir ku yang ke-16..
waktu itu di sakan...
ku rasakan seperti berada di dalam satu majlis kekeluargaan..
ku rasakan seperti ketenangan,kegembiraan yang ku nikmati ketika itu,tak pernah ku rasai sebelum ini..
dengan penigisian 'susuk nasik' oleh abang long kami..
sama2 mencari nasik kerabu bungkus dari TH,yang disorokkan oleh abang long kami..
Ya Allah..
kenangan yang amat berharga..
ku ingin kembali seperti dulu..
dikelilingi sahbat-sahabat yang mengenal hati budi ini..
ku ingin dikelilingi teman-teman yang memahami jiwa ini..
ku inginkan rakan-rakan yang ku kira seperti nasi kerabu yang tak dapat dipisahkan dengan budunya..
namun..
ku sedar..
bahawa..
setiap pertemuan,pasti ada perpisahan..
setiap percintaan pasti ada pengakhirannya,kecuali cinta kepada Yang Esa..
ku sedar,bahawa semakin hari,semakin besar tanggungan yang perlu dipikul..
ku sedar,semakin lama,semakin menjauhi bibit2 persahabatan yang tercipta suatu ketika dahulu..
semuanya berisiko untuk hilang..
andainya tidak dijaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan