Salam Pembuka Bicara

Isnin, 25 Januari 2010

~maafkanku duhai sahabat~

Bismillahirrahmanirrahim..

mengimbas kembali kenangan-kenangan bersama rakan seperjuangan di bumi Maahad suatu ketika dahulu,perassan rindu yang teramat menggamit diri..
membuatkan diri serba x kena..
menyebabkan ketidakselesaan pada diri..

Alhamdulillah,kesempatan balik ke Malaysia cuti sem soifi yang lepas,memberikan peluang kepadaku untuk melunaskan perasaan yang terbungkam di hati...
kesempatan untuk bersua muka dengan sahabat2 seperjuangan bumi Maahad suatu ketika dahulu,amat ku dambakan sekarang..
mujurlah,ade gambar2 kenangan-kenangan bersama,ku jadikan pengubat rindu terhadap kalian..

hajat untuk bertandang ke Ardi kinanah Mesir tahun ini,terpaksa dibatalkan..
walaupun banyak plan yang telah dirancang bersama teman-teman di seberang sana..
duhai teman,ku mohonkan ribuan kemaafan kerna tak dapat memenuhi hajat kalian..


masih teringat ketika mana,hampir setiap malam,kita duduk bersila,di sakan F,asrama alternatif dahulu...
pelbagai topik,tajuk yang diutarakan..
pengajian kitab yang dipimpin abang long kami,Sofuan...
meeting sakan F n G,yang dipengerusikan oleh Haikal n Fathi..
Ya Allah..
kerinduan membangkitkan semangat tuk bersua..

kesempatan bersama adik-adik di bumi maahad

masih teringat..
janji kita,tuk bersama2 hatta sehingga tua..
masih teringat perjanjian bersama yang dimeterai di perut masjid sekolah..
masih teringat susah payah,sakit perit bersama ketika mana sama-sama menghadapi kesukaran bersama satu ketika dahulu..

kesemuanya diimbas kembali untuk menghilangkan kerinduan pada kalian..
benar..
ukhwah itu jika dirasai lebih manis daripada madu..

masih teringat,satu ketika di mana sama-sama menyambut hari lahir ku yang ke-16..
waktu itu di sakan...
ku rasakan seperti berada di dalam satu majlis kekeluargaan..
ku rasakan seperti ketenangan,kegembiraan yang ku nikmati ketika itu,tak pernah ku rasai sebelum ini..
dengan penigisian 'susuk nasik' oleh abang long kami..
sama2 mencari nasik kerabu bungkus dari TH,yang disorokkan oleh abang long kami..

Ya Allah..
kenangan yang amat berharga..
ku ingin kembali seperti dulu..
dikelilingi sahbat-sahabat yang mengenal hati budi ini..
ku ingin dikelilingi teman-teman yang memahami jiwa ini..
ku inginkan rakan-rakan yang ku kira seperti nasi kerabu yang tak dapat dipisahkan dengan budunya..

namun..
ku sedar..
bahawa..
setiap pertemuan,pasti ada perpisahan..
setiap percintaan pasti ada pengakhirannya,kecuali cinta kepada Yang Esa..

ku sedar,bahawa semakin hari,semakin besar tanggungan yang perlu dipikul..
ku sedar,semakin lama,semakin menjauhi bibit2 persahabatan yang tercipta suatu ketika dahulu..
semuanya berisiko untuk hilang..
andainya tidak dijaga...

Ahad, 24 Januari 2010

~ia tidak memilih orang,waktu dan tempat..semuanya PASTI merasai..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala pujian hanya selayaknya bagi Allah taala,tiada yang dua,semuanya didalam pengetahuanNya..
Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan..

Selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan Habibi Mustofa Muhammad 'Alaihissolatuwassalam..
semoga di Hari Pertemuan kelak,kita diberi syafaat darinya..

Telah berfirman Allah taala:-
"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (Ali Imran : ayat 185)

Rasulullah 'Alaihissolatuwassalam bersabda:-
“Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.”
(Riwayat Muslim)

Hurm..
sepeninggalan dua hari dari Mu'tah,membawa diri berkelana,cuba untuk berdikari,walaupun ditemani dua sahabat yang ku kira hebat2 kedua-keduanya di mataku,cuba untuk menghilangkan kebingitan di telinga,keserabutan di kepala..
ku andaikan,misi berjaya..

Sekembalinya dari berkelana..
ku mendapat berita mengenai kemangkatan sultan Johor...
ditambah pemergian ayahanda kepada kenalan di Mu'tah...

seperti jantung terhenti mendengar berita seumpama itu..
terbayangkan kesedihan ditinggalkan orang tersayang buat selama-lamanya..
lantas,ku mohonkan perlindungan dari Allah,semoga kaum kerabatku,sahabat2ku,alim ulama,dan seluruh kaum muslimin di rahmati Allah senantiasa..

benarlah..
kematian itu tidak mengira siapa..
anda menteri,anda YB,anda tauke balak,anda faqir sekalipun..
saat kematian pasti akan mendatangani anda..
hanya perlindungan dariNya yang kita pohonkan..
hanya rahmat dariNya yang kita butuhkan..
hanya keampunan dariNya yang kita tagihkan..

Sebaik-baik bekalan di hari Kiamat ialah Taqwa..
persiapkanlah bekalan kamu wahai diri...
perteguhkan ikatan hati kamu terhadap taliNya..


jangan disangka ekalan anda sudah penuh..
jangan disangka uncang anda untuk bermusafir jauh sudah penuh..
jangan disangka amalan anda sudah mencukupi untuk menemani anda ke dunia sebelah sana..

Ingatlah,ketika mana Allah Taala berfirman:-
((Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa))
Surah Al Baqarah, ayat 197.

Dan,kita yang masih diberi kesempatan umur,nikmat serta limpahan karuniaNya,janganlah leka...
sama2lah mencari keredhaanNya..
sama2lah memohon keampunan serta maghfirah dariNya..
sama2lah memohon keberkatan hidup dariNya..
moga2 segala amalan kita diterima olehNya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mengingati mati..

Sebagaimana yang diriwayatkan dari Rasulullah..
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? “Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)..


p/s:-semoga arwah kaum muslimin dilimpahi rahmat dariNya di alam sana..
kepada yang masih diberi kesempatan,sama2lah persiapkan diri..
ajal tidak menunggu anda seperti anda menunggu bulan jatuh ke riba..

Wassalam..

Bayt Dua Beradik,
Syqoh 'Atif Suroirah,
Mu'tah,Karak..

Khamis, 21 Januari 2010

~Berjalanlah dengan.......~

Bismillahirrahmanirrahim..
Mengambil berkat dari ayat pertama dalam kitab Al-Quranul Karim.

Alhamdulillah...
tirai imtihan telah pun berlalu..
hari ini,berlabuhlah tirai pengajian Fasal Awal 09/10..

Maka,bagi sesetengah orang,mereka mengambil kesempatan dengan kelapangan yang ada dalam musim cuti ini dengan jaulah,bercuti,ekspedisi serta bermacam-macam jenis nama lagi..
bagus lah kalo dapat memanfaatkan musim cuti dengan perkara-perkara yang boleh memberi kemanfaatan pada diri dan juga iman..

telah berfirman Allah Taala dalam kitabNya:-

Katakanlah:" Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang berdosa.
QS. an-Naml (27) : 69

Ayat diatas menunjukkankan keperluan untuk berjalan-jalan di atas muka bumi ini bukan berjalan-jalan semata-mata,tetapi mengambil iktibar serta pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang telah terjadi..

teramat rugilah pada sape-sape yang mendapat peluang untuk berjalan-jalan,tetapi perjalanan yang ditempuhinya itu hanyalah sekadar satu perjalanan yang tidak membuahkan keberhasilan,samada pada diri mereka sendri ataupun pada iman,hanya satu perjalanan yang setakat meletihkan tubuh badan tetapi tidak memberikan kesan yang mendalam terhadap diri..






p/s:-selamat bercuti..
selamat berjalan-jalan..
selamat lah semuanya..


Ya Robb..
Ente Maqsudi..
Redhoka Matlubi..

Wassalam..

Jumaat, 15 Januari 2010

~rindu membingit diri~

Bismillahirrahmanirahim...

Ya Rabb..
ku harapkan keampunan dariMu...

Bila berseorangan...
kerinduan terhadap rumahku nun jauh di Tanah Merah,memanggil kenangan-kenangan indah bersama famili...
rasa seperti dah lama tak contact orang disana...
rindu menggamit perasaan...

teringat kembali..
zaman2 kecik dulu...

pagi sampai ke petang...
bersama kawan2,me'round' satu taman perumahan...
dari berjalan,berbasikal..
pusing2 perumahan,sampai petang menjengah..
kadang2 perut yang kelaparan dengan nasik,kami abaikan gitu je..
rasa lebih kenyang berjalan dari makan nasik..
entah nape..


kerinduan ngan teman2 kampung..

n the gang yg len...

-kenangan di bulan pose-

pagi sampai ke petang,merayau je keje..
sbb tme tue,skolah kan cuti..
xde keje nk buat,merayau...
kadang2 pegi cc...
kadang2 berborak tepi jalan,depan umah afiq..
tengok kete2 yg lalu jalan perumahan kami..
sampai dekat waktu berbuka..
kadang2,petang tue,kami panjat pokok kelapa..
petik dua tiga bijik..
simpan tuk 'mesyuarat ahli tingkap',pas terawih,di pondok belakang umah afiq..
kadang2,masing2 bawak kuih2 lebihan dari rumah..
sama2 pulun kat pondok tue...
sama2 berbincang program untuk esok....
nak ke mana,buat apa...
huhu..

alahai..
kenangan di zaman skolah rendah...
bermacam2 kenangan,peristiwa kami lalui bersama..

sehinggalah meningkat ke usia 13 tahun..
masing2 berhijrah ke sekolah idaman masing2..
walaupun Maahad Muhammadi Lelaki tidak pernah terlintas di fikiran ku...

sehinggalah ku pulang ke Malaysia,pd hari pertama puasa(di jordan),keberangkatan pulang dari Amman,terus ke Bahrain,dan dari Bahrain terus ke KL..
sampai di Tanah Merah,seingatku pd pukul 6 petang,23 Ogos..

menunggu waktu berbuka,bersama Ma,Ayah,abang2 n kakakku,membuka buah tangan dari kami dua beradik bawa dari bumi Mu'tah...

menunggu azan berkumandang di madrasah Banggol Tok Ajar..
ku menunggu kelibat2 temanku di depan rumah..
seorang demi seorang mucul..
ku menerpa,menghulurkan tangan...
semuanya terpaku..
seperti tidak percaya,aku berdiri di depan depa...
setahun meninggalkan mereka..
seperti bertahun2,x berjumpa..
afiq dengan semakin tingginya..
heri dengan semakin sihat..
tp aku?
ayah kata,aku cengkung...
kak nie kata,aku kurus kering..
ma kata,maintain je.....
alang kata,aku tinggi cket..
huhu..
entah lah..
sampai la semalam,aku timbang berat kat Pasir Putis Clark,beratku 49 kg..
adeh..
seingatku,ku timbang sebelum datang ke bumi Jordan 2008 dulu,beratku 47/48..
alahai..
huhu
rasa dah makan banyak..
tambah2 musim sejuk nie..
asyik lapo je perut...
huhu

lepas smayang terawih kat madrasah tue...
kami berjalan balik sama2,sampai depan umah..
ku teringat tuk membeli prepaid tepon..
da lame x guna Celcom..
huhuhu
bergandingan berjalan,pergi ke kedai Wan Azizah...
~kak,nak batoqoh~
huhuhu
terpinga2 akak si cashier kedai tue..

da dapat batoqoh tue,apa lagi..
blah r dari kedai..
sampai depan kedai kak mah,rase cam nk make colek buah jer..
ye la..
sini mane ade colek buah..
kalo ade pun,buah nenas dengan harga sedinar lebih sekilo?
sanggup ko beli?
xde maknanya eeih...

ape lagi,pegi la baham colek buah kedai kak mah..
duk kat situ dalam 15 minit kot..
kak mah pun cam x caye je aku balik..
ye lah..
tup2,muncul..
x tahu cerita dari ma n ayah..
biasenye,die bertandang je ke umah..

hurm...

teringat betul time tue..
ku rase seperti ingin balik je..
kerinduan yang amat membingitkan diri..

ku ingin pulang..
ku ingin seperti burung2,yang bebas ke mana,tanpa ade halangan..

ku ingin berjumpa teman2 ahli majlis mesyuarat tingkap...
sama2 make colek kedai kak mah..
sama2 berborak,setahun tidak berjumpa..
walaupun keletihan atas flight hampir 10 jam,ditambah perjalanan dari KLIA ke Tanah Merah 6 jam...
semuanya terbang,selepas berjumpa teman2...

p/s...
nk balik...!!!!
huhu..
xde lah...
InsyaAllah,bulan 8 nie,kita kan bersua lagi..
pepun,kpd geng ahli mesyuarat tngkap...
jangan dilupain aku disini ya...

Allah Yubarik Fiikum..

Ya Robb..
Ente Maqsudi..
Redhoka Matlubi...

Wassalam..
Bayt Dua Beradik,Syuqoh 'Atif Suroiroh..
Mu'tah,Karak..
Jordan..
15-1-2010...

Jumaat, 8 Januari 2010

~Ya Allah,Seandainya...~

Bismillahirahmanirrahim..

seandainya,ini hari terakhir aku menghirup nafas...
izinkan ku mencium tangan kedua ibubapaku...

ya Tuhan..
seandainya hari ini hari terakhir aku jejakkan kaki di bumi barokah ini...
izinkan aku menziarahi para pejuang mu yang disemadikan di Mazar...

Ya Rabb..
seandainya ini jam terakhir aku...
izinkan ku berjumpa sahabat2 ku,memohon ribuan kemaafan dan keampunan dari mereka..

Ya Rahman..
seandainya ini minit terakhir aku...
ampunkanlah aku dari segenap dosa2...

Ya Rahim..
seandainya ini saat terakhir aku di bumi Mu'tah...
perkenankanlah segala doa2ku...

~Amiin..~

Ya Ilahi...
Ente Maqsudi,
Redhoka Matlubi...

Rabu, 6 Januari 2010

Mencari punca,atau,menambahkan punca,atau menyelesaikannya??

Bismillahirrahmanirrahim...
seawal kalimah dipaculkan dari mulut,untuk mengambil berkat darinya..
selawat serta salam ditujukan keatas Rasul Junjungan 'Alaihissolatuwassalam...

Pernah suatu ketika,dimana diri ditanya oleh sahabat seperjuangan..
diantara teori dan praktikal,mana yang perlu lebih dahulu dilakukan??

Agak senang jika difikir sekali imbas...
tp,bila difikir kembali tuk kali kedua,saya yakin,bahawa pasti anda teragak-agak dengan jawapan pandangan pertama anda terhadap soalan itu...

ade orang banyak berfikir mencari punca masalah...
ade orang pulak,banyak berfikir mencari teori menyelesaikan masalah...
dan ade orang pulak,terlebih melakukan daripada berfikir tentang maslahat serta mafsadah tindakannya terlebih dahulu...

agak2,kita terletak dalam golongan mana?

kenapa tidak,kita mengpotimakan ketiga-tiga tenaga tue,menjadi satu?
mengapa tidak,kita duduk di meja bulat membincangkan bersama...
mengapa tidak kita sama2 mempraktikkan apa yang difikirkan..

sesetengah orang,lebih suka menuding jari...
ade orang pulak,lebih banyak mengomen dari membetulkan..
ade orang pulak,suka bercakap di belakang tiang,sedangkan orang nya ada disebalik tiang tue..

hurm...


macam2 peel ade kan...
agak2 lah..
kita nk letakkan diri kita dalam list yang mane satu?

cubalah mencetuskan perubahan..
walaupun perubahan yang dicetuskan itu adalah perubahan tuk diri sendiri..
itu lebih besar dan yang lebih utama untuk kita...
jangan cepat melatah melihat tindakan orang lain..
tapi.
melatah lah dengan perangai kita dulu..
jangan cepat menuding jari mencari kesalahan..
tp,tuding lah jari pada diri sendiri dulu..
jangan lah cepat mencari punca..
sedangkan punca yang sebenar datang dari kita..

p/s:-sekadar cetusan hati..
melihat bermacam2 ragam...~

berjalanlah..
bersiar2 lah..
tp,dengan hati yang terbuka...

bergaullah dengan baik2..
bertegur-teguran selagi mana mampu..
bersahabatlah selagi mana sempat...
gunakan waktu yang ade dengan sebaiknya...

Sirru 'ala barokatillah...
Ya Robb..
Ente Maqsudi..
Redhoka Matlubi...

Isnin, 4 Januari 2010

Selamat Menempuh Nihaie...!!

Bismillahirrahmanirrahim...

mengambil berkat dengan seawal-awal ayat yang dimulakan dalam mushaf suci Al-Quranul karim..
Selawat serta salam ditujukan keatas Rasulullah 'alaihissolatuwassalam,kepada ahli kerabat baginda serta sahabat-sahabat ridwanullah 'alaihim ajma'in..

mengambil kesempatan disini,hamba mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan Nihaie kepada semua mahasiswa Universiti Mu'tah amnya,dan kepada seluruh Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah khasnya...

-gunakanlah masa yang ada di 'study week' ini dengan sebaiknya,jangan jadikan
kemudahan yang anda ada,sebagai halangan untuk mengecap kejayaan..
-gunakan semaksima masa terluang anda,dengan muroja'ah durus..
-untuk menguatkan semangat study,tenungi gambar mak ayah,lagi bagus kalo tampal
depan meja study..
-ingat,study tue study gak,tp jangan lupa kebergantungan kita pada Yang
Esa...kerana sesungguhnya setiap sesuatu itu datang dariNya..

(( Allahumma'j'alna minannajihin...))

Ya Ilahi..
Ente maqsudi,ridhoka matlubi...

Wassalam...

Sabtu, 2 Januari 2010

~Imbasan Kembali~

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim..

Telah bersabda Nabi Junjungan S.A.W.:-Setiap perkara (pekerjaan)yang tidak dimulai dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM adalah terpotong (kurang berkat)-atau sepertimana yang telah diucapkan oleh Baginda junjungan..

Segala puji dan puja hanyalah Allah Taala yang berhak..
Selawat serta salam buat junjungan Besar Saidina Muhammad S.A.W.,serta ahli keluarga baginda dan sekalian sahabat..

Alhamdulillah...
Nihaie yang ditunggu semakin menampakkan taring..
semoga sahabat2 perjuangan terus sabar dalam mendepani cabaran di bumi orang,yang penuh barokah..

imbasan kembali satu tahun empat bulan yang lepas....

menjejakkan kaki,meninggalkan kediaman,yang satu ketika dulu,memikirkan,bila aku akan meninggalkan umah nie??
sebelum subuh,4 pagi 10 september 2008..

semalaman memikirkan keadaan diri yang bakal berkelana,berjauhan dari ibu bapa tersayang,berjauhan dari kaum kerabat yang senantiasa tersemat di hati,berjauhan dari sahabat2 Muassirun najah...
kembali teringat,waktu2 gembira bersama..
kembali teringat satu waktu yang sama2 ditamrinkan di Masjid Sultan Brunei,Tok Uban..
kembali teringat sewaktu 'bersiar-siar' dari Masjid Baung ke Billion Kota Bharu di kala orang bersuka ria...
kembali teringat mendengar amanat Abe Baha n Abe Nik Faisal di bawah jejantas depan sekolah Ahmad Maher..

Ya Allah...
suatu saat yang teramat manis pernah ku rasakan..
yang mungkin,entah bila dapat merasai kenangan seperti itu lagi..
apakah masih ada masa untuk itu?
atau..
adakan si petugasNya sedang menjenguk2 diri ini?...

Lapangan Terbang Kota Bharu..
pelajar terakhir yang sampai dari hampir 15 orang rombongan ke Bumi Jordan..
semakin berdebar..
semakin sebak..
semakin bebal biji mata...
entah kenapa..



Kelibat pertama ku lihat di airport..
sahabat2ku...
dari Muassirun Najah..
Saeed,Syed Ridwan,Fathi..
Ehsan,Bukhari..

Ahli rombongan masing2 sibuk bersama dengan ahli keluarga..
aku terus menerpa sahabat2ku..
ku ingin bersama mereka,walaupun tuk 5 minit terakhir sebelum melangkah masuk..
Mohon ampun dan maaf..seandainya diri pernah tersalah sepanjang persahabatan..
memohon doa agar diri ini senantiasa selamat ketika berkelana di negara orang..

Ya Allah..
utuhkanlah perhubungan kami ini...

Usai berjumpa sahabat2,ku meluru pd ahli keluarga ku..
ku peluk erat ayahanda serta bonda..
ku cium tangan abang2ku,akakku2..
mohon restu mereka untuk berkelana,jauh dari pandangan..
menahan air mata dari terus tumpah..
mencium tangan ayahanda dan bonda..
mohon keberkatan,halal makan dan minumku,serta ampunkan kesilapan serta keterlanjuran ku..

Ya Allah..
panjangkan umurku dalam mentaati perintahMu serta perintah RasulMU..

ku gagahi kaki,dengan niat,sebagai PENUNTUT ILMU...
ku susun tapak kaki,dengan niat membina hidup baru..
berjauhan dari keluarga serta sahabat seperjuangan di bumi MAAHAD..
ku bina niat baru sebelum menjejakkan kaki masuk ke ruang menunggu..

Ya Allah..
semoga Kau terus menetapkan hati ini dalam menuntut ilmu..
semoga Kau terus tetapkan hati-hati Muassirun Najah dalam membina ukhwah yang diidami..
MOga kau perkenankan doa Rabitah kami,usai sahaja kami mengadakan usrah kami..
moga kau tetapkan hati kami dalam mentaati syariatMu..
moga Kau pertemukan kami lagi..
Perkenankan doa kami..
Ya Robb..

Ente Maqsudi,
Redhoka Matlubi...





NOSTALGIA-SOUTUL AMAL..

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat



















Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...