Bismillahirrahmanirrahim..
Segala pujian hanya selayaknya bagi Allah taala,tiada yang dua,semuanya didalam pengetahuanNya..
Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan..
Selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan Habibi Mustofa Muhammad 'Alaihissolatuwassalam..
semoga di Hari Pertemuan kelak,kita diberi syafaat darinya..
Telah berfirman Allah taala:-
"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (Ali Imran : ayat 185)
Rasulullah 'Alaihissolatuwassalam bersabda:-
“Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.”
(Riwayat Muslim)
Hurm..
sepeninggalan dua hari dari Mu'tah,membawa diri berkelana,cuba untuk berdikari,walaupun ditemani dua sahabat yang ku kira hebat2 kedua-keduanya di mataku,cuba untuk menghilangkan kebingitan di telinga,keserabutan di kepala..
ku andaikan,misi berjaya..
Sekembalinya dari berkelana..
ku mendapat berita mengenai kemangkatan sultan Johor...
ditambah pemergian ayahanda kepada kenalan di Mu'tah...
seperti jantung terhenti mendengar berita seumpama itu..
terbayangkan kesedihan ditinggalkan orang tersayang buat selama-lamanya..
lantas,ku mohonkan perlindungan dari Allah,semoga kaum kerabatku,sahabat2ku,alim ulama,dan seluruh kaum muslimin di rahmati Allah senantiasa..
benarlah..
kematian itu tidak mengira siapa..
anda menteri,anda YB,anda tauke balak,anda faqir sekalipun..
saat kematian pasti akan mendatangani anda..
hanya perlindungan dariNya yang kita pohonkan..
hanya rahmat dariNya yang kita butuhkan..
hanya keampunan dariNya yang kita tagihkan..
Sebaik-baik bekalan di hari Kiamat ialah Taqwa..
persiapkanlah bekalan kamu wahai diri...
perteguhkan ikatan hati kamu terhadap taliNya..
jangan disangka ekalan anda sudah penuh..
jangan disangka uncang anda untuk bermusafir jauh sudah penuh..
jangan disangka amalan anda sudah mencukupi untuk menemani anda ke dunia sebelah sana..
Ingatlah,ketika mana Allah Taala berfirman:-
((Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa))
Surah Al Baqarah, ayat 197.
Dan,kita yang masih diberi kesempatan umur,nikmat serta limpahan karuniaNya,janganlah leka...
sama2lah mencari keredhaanNya..
sama2lah memohon keampunan serta maghfirah dariNya..
sama2lah memohon keberkatan hidup dariNya..
moga2 segala amalan kita diterima olehNya..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Mengingati mati..
Sebagaimana yang diriwayatkan dari Rasulullah..
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? “Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)..
p/s:-semoga arwah kaum muslimin dilimpahi rahmat dariNya di alam sana..
kepada yang masih diberi kesempatan,sama2lah persiapkan diri..
ajal tidak menunggu anda seperti anda menunggu bulan jatuh ke riba..
Wassalam..
Bayt Dua Beradik,
Syqoh 'Atif Suroirah,
Mu'tah,Karak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan