"Assalamualaikum..din,duk wak gapo tue..meh g Iraq,men salji"
~deringan handset seawal 7 pagi,mengajakku untuk bersama mereka~
bagaikan terpanggil untuk mencoret sedikit pengalaman..
dapat merasai salji bagi kali kedua di tahun 2..
kalau diikutkan,perasaan untuk merasai salji tuk tahun nie bagaikan tawar,dek pengalaman bermain salji tahun lepas masih meninggalkan bekas di fikiran..
ajakan untuk bermain salji,nak x nak ku penuhi jua..
disebabkan ajakan dari abang-abang junior,yang ku hormati bagaikan abang2ku sendiri..
yang ku kira hebat di pandanganku..
kesempatan bersama mereka selama lebih kurang dua jam..
walaupun ku kira,siapalah daku di pandangan mereka..
langkauan usia yang lebih muda dari kalangan mereka..
tambahan pula mereka dari kalangan orang-orang yang hebat..
siapalah diri ini..
pengalaman bersama mereka bermain salji,jauh dari perantauan,yang ku kira terubat sedikit sebanyak perasaan rindu pada ayahanda n bondaku,abang2ku n akak2ku..
Sesungguhnya orang;orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Alloh supaya kamu mendapat rahmat. (QS.Al-Hujurat: 10).
“Perumpamaan orang mukmin di dalam kasih sayang mereka, belas kasihan mereka, kelembutan mereka seperti satu badan. (HR.Muslim 4687)
walaupun ku kira baru hampir 5 bulan mengenali mereka,ku rasakan bagaikan dah lama..
dengan tak kekok mereka melayanku,walaupun hakikatnya aku segan untuk duduk bersama mereka yang hebat..
tetapi ku sedar bahawa..
tiada halangan dalam menjalin ukhwah..
samada dari usia,perangai,fikrah dan sebagainya.
itu bukanlah halangan dalam menjalinkan ukhwah..
ku teringat ketika mana mendengar...
sebagaimana yang diriwiyatkan..
perbezaan diantara usia Nabi S.A.W dengan dengan Saidna Abu Bakr As-Siddiq..
walaupun begitu,Habibi Muhammad tidak segan untuk bersama Saidina Abu Bakar Radiayallahu 'Anhu dan juga sebegitu Saidina Abu Bakr..
dan juga ketika mana peristiwa Hijrah berlaku,sahabat2 Ansar yang begitu menyayangi kaum Muhajirin,sehingga diriwayatkan seorang sahabat menceraikan isteri kesayangannya semata-mata untuk dihadiahkan kepada sahabatnya...
bagaimana suatu ikatan ukhwah yang digambarkan oleh nabi serta para sahabatNya..
berukhwah bukan kerana darah daging atau sebagainya...
berukhwah atas dasar aqidah..
dengan kalimah LailahaIllaAllah,kita diikatkan satu pertalian yang tidak nampak oleh Allah Taala..
Subhanallah..
semoga ikatan ukhwah yang kita cuba bina ini,mendapat keberkatan dariNya..
mendapat rahmat dariNya..
Ya Robb..
Ente Maqsudi..
Ridhoka Matlubi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan