Assalamualaikum wbt.
Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan

memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Encik Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini...Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan....

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih... ~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

13:01

Ya Allah..aku hampir2 melupai'nya'...

Dicatat oleh pedang_agama

Ya Allah,ampunkan dosa2ku..
sungguh,diri ini alpa,lalai dalam kehidupan ini..

patutlah diri ini serba x kena sejak dua menjak ini...
tp,alhamdulilah,kini telah ku jumpai 'virus' yang melalaikan diriku,yang meng'alpa'kan diri ini dari terus menetapkan kaki ini diatas landasan penerus perjuangan..

suatu ketika,Al-Quran senantiasa di saku poket kemeja...
kedapatan luangan masa,ku belek helaian demi helaian,menghafal,mengulang kembali hafalan..

tetapi,entah kenapa,sejak menjejakkan kaki di bumi Anbiya' ini,ku merasakan seperti sesuatu mem'blok' diri ini dari terus membelek helaian2 tersebut..
sehinggakan boleh dibilang dengan jari,berapa kali dalam seminggu aku mengulang,aku membelek mushaf itu..

apakah aku telah menyalahgunakan peluang keemasanku berada di bumi penuh keramat ini?
apakah aku telah menyisihkan diriku sendiri dari mengingati'nya'???

Ya Allah,sungguh aku lupa terhadap amanah tersebut..
sesungguhnya,aku lalai dalam melaksanakan tugasan 'menjaga' helaian tersebut di hatiku..

entah mengapa..
kedapatan perasaan yang tidak senang,resah gelisah dua tiga menjak sebelum ini..
rupa2nya,aku telah mengabaikan sesuatu yang amat berharga..
lebih berharga dari isi dunia..

betul,kadang2 kita menybukkan diri kita dengan benda yang x sepatutnya kita sibukkan..
bahkan,kadang2 kita terlebih menyibukkan benda2 mengarut daripada benda2 yang lebih berfaedah..
adakah ini yang membawa erti kematangan dalam hidup?..

Alhamdulillah,kini ku telah menjumpai asbabnya..
akan ku genggam erat janjiku pada hari ini...
akan ku jagai amanah yag telah diberikan kpdku..
sesungguhnya tiadalah Tuhan yang maha berkuasa selain dikau,Ya Allah..

Ampunilah dosa2ku...
kuatkanlah ingatanku serta hafalanku..
jauhkanlah hatiku dari melakukan sebarang kemaksiatan kepadaMu..
Wahai Tuhanku...
Tiada Tuhan melainkan dikau...

terima kasih pada sahabat2,kerana dalam keadaan tidak sedar,mereka telah mengembalikan diriku ini ke satu zaman yang x mungkin aku lupakan...

MAAHAD MUHAMMADI LELAKI...
menggamit kerinduanku padamu...

Ya Allah,rahmatilah syeikh2 talaqqi ku...
panjangkan umur mereka,serta berikanlah kesihatan serta kelapangan masa kpd mereka...
semoga kalian,wahai guru2ku,dirahmati Allah senantiasa..

Ya Robb..Ente Maqsudi.Redhoka Matlubi..

12:13

time kasih yg tak terhingga...AJK BPP...

Dicatat oleh pedang_agama

Alhamdulillah...
selesai kami ,ajk BPP,ber'meeting' buat kali kedua...
bajet masa yang daku anggarkan tersasar,bukan sedkit tersasar,tp banyak...
hampir sejam tersasar dari waktu yg ku jangkakan..

tp,pepun,itu sudah menjadi ketentuanNya..
sudah percaturan hidup yang telah ditentukan oleh Pencipta..
apakan daya diri ini,untuk mengatakan tidak atas segala kehendaknya?..

Alhamdulillah..
segala agenda yang perlu kami bincangkan pd malam ini berjalan lancar...
semua ajk memberi kerjasama..
terasa terharu ada,segan ada,malu pun ada..
serba serbi bercampur..

tapi,pepun..
hanya satu yang ingin ku hamparkan pada semua AJK BPP..
sekalung penghargaan terima kasih..
terima kasih...
terima kasih..
semoga Allah membalas jasa korang dengan setimpalnya...

nampak sungguh bersemangat ajk2 baru nie..
sampai kan diriku ini pun berasa segan..
mereka bersemangat..
aku????..

dan ingin ku lontarkan,bahawa setiap perkara yang kita kerjakan,dengan syarat IKHLAS kepadanya,dan tidak melanggar syariatnya,ada sesuatu yang diperolehi...
dan tidak ada yang diminta oleh hamba,selain keredhaan dari TUANNYA..

Ya Rabb..
panjangkanlah umurku,dalam mentaati perintahMu dan perintah RasulMu..
serta berikanlah aku petunjukmu,agar tidak tersasar dari niat ku pd MU...

"Bekerjalah bersama saya,bukan untuk saya,tp untuk sesama kita"...

Diharap sama2lah kita membantu untuk meringankan kerja..ingat,setiap perkara baik yang kita buat,ada yang melhatnya,ada yang memberikan ganjarannya...

InsyaAllah...

Ya Robb,Ente Maqsudi,Redhoka Matlubi...

06:24

Pesanan untuk Lidah

Dicatat oleh pedang_agama

1-Rasulullah menemui kaum yang menggunting lidahnya sendiri

2-Sebuah lubang kecil keluar darinya binatang yang besar dan cuba masuk kembali tetapi tidak boleh

3-melihat kaum yang berkuku tembaga menggaru muka dan dada mereka.Merekalah kaum yang suka makan daging mausia iaitu dengan mengumpat mereka.

4-melihat kaum yang dikoyakkan punggungnya lalu disuruh mereka memakannya secara paksa.Itulah gambaran orang suka mencaci orang lain

5-Melihat malaikat memegang manusia,dan ditangannya ada penyangkut lalu disangkutkan di pipi kanan orang tersebut.Itulah gambaran seksaan orang yang suka menyebar fitnah.

Allah Taala berfirman: ( Wahai orang2 yang beriman,janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan lelaki lain,kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,kerana harus permuan yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka,dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain,dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.Larangan-larangan tersebut menjadikan orang yang melakukannya menjadi fasik,maka amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman dan ingatlah,sesiapa yang tidak bertaubat dari perbuatan fasiknya,maka merekalah orang2 yang zalim...)


:-kekasihku Ya Rasulullah..
Syeikh Maqari' Hj. Othman Bin Hamzah

06:51

Ilmu bukan untuk dimegah-megah....

Dicatat oleh pedang_agama

permulaan yang sangat baik,kita menjejakkan kaki ke bumi Anbiya' semata-mata mencari mutiara yang berharga...

tp,seringkali,niat yang cambah di hati dengan setulus ikhlas,tersasar dari lapangan yang sebenarnya..
seringkali kita melupakan matlamat sebenar kita menjejakkan kaki di tanah keramat ini...
dan seringkali juga kita terlalai dari melakukan kewajipan yang telah ditaklifkan keatas diri kita...

mungkin kita tidak sedar,perkara2 ini terjadi kpd kita...
mungkin juga kita sedar,tp kita hanya buat tidak endah...

masih terngiang-ngiang di telinga ini...

"...semakin kita menuntut ilmu ugama,sepatutnya,semakin kita takutkan Allah,dan semakin kita takutkan Allah,semakin bertambah ketaqwaan kita kepadanya.."

mungkin anda pernah dengar ungkapan ini..
ataupun mungkin anda tidak pernah..
tetapi itu bukan soalnya.
soalnya sekarang,dimanakah kedudukan kita sebagai tholibul ilmi?...
saya yakin,semuanya mengaku..
"aku penuntut ilmu ugama"...
"aku lepasan universiti timur tengah"...

tapi adakah semuanya faham tentang makna disebalik perkataan "penuntut" itu...
atau hanya sekadar mengaku dengan lisan?...
ataupun hanya sekadar bermegah dengan perkataan tersebut?..

ingat..
ilmu bukan untuk dimegah..
bukan hanya sekadar kita bermegah,bahawa kita mampu memberi ceramah,memberi kuliah,memberi peringatan kpd orang lain...
tetapi,adakah tanggungjawab yang tergalas di bahu kita atas nama "ilmu" itu kita jalankan...

tidak perlu kita bermegah dengan perkara2 sebegitu,jika kita lupa pada isu yang sebenarnya...
isu - pokok ilmu itu...

ilmu tergalas atas bahu untuk kita AMALKAN...
bukan untuk kita bermegah-megah dengan apa cara sekalipun...

perkataan AMAL itu yang selalu kita lupakan..
sedangkan,pokok ilmu itu adalah amal...
masakan mungkin beramal tanpa ilmu...
dan masakan mungkin berilmu tanpa beramal...

tulisan ini lebih ditujukan kpd diri ini,sesungguhnya diri ini sering lupa akan tujuan asalku menjejakkan kaki di bumi Mu'tah...



"Ya Robb,Ente Maksudi,Ridhoka Matlubi..."

11:44

Indahnya Ukhwah Itu Jika Dirasai...

Dicatat oleh pedang_agama

11:33

Apakah masih ada bagiku.....

Dicatat oleh pedang_agama

....
apakah masih ada untukku peluang kedua?...
apakah masih ada pintu taubat untukku...
Wahai Tuhanku....


Sesungguhnya aku insan lemah....
sesungguhnya aku hanyalah insan yang hina...
yang tidak terlepas melakukan maksiat kepadamu..
Ya Allah.....
Ampunilah dosa2ku yang Allah..

berikanlah kepada ku kekuatan untuk meneruskan perjuanganku dalam menuntut keredhaanMu...

Ente maksudi,ridhoka matlubi....

Berikanlah aku petunjukMu..
Berikanlah aku hidayahmu...
janganlah engkau palingkan ku dari agamaMu setelah engkau memberi hidayah kepadaku..
jangan jadikan aku dari kalangan orang2 yang rugi di hari kebangkitan...

Ya Allah...
sesungguhnya Engkau maha mengetahui setiap sesuatu..
kerana itulah...
Engkau PENCIPTA kami...

"...sesungguhnya hidup mati kami hanyalah untukmu..."...
jadikanlah kami dari kalangan orang2 yang beriman...
Amiin...