Salam Pembuka Bicara

Khamis, 9 April 2009

taubat seorang hamba......

Hati hiba mengenangkan
Dosa2 yg ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

ku akui kelemahan ini,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah....
taubatku ini....YA ALLAH...

Rabu, 8 April 2009

intabih ya ikhwani.............

Dalam perjalanan nabi alaihissolatuwassalam,dalam peristiwa isra' dan mikraj,Rasulullah telah terlihat seorang yang sangat tua sekali hampir tidak kuasa untuk berjalan...

Maka telah berkata Jibril Alaihissalam,itulah perumpamaan mengenai dunia yang sudah tua...

Dunia yang kita duduki ini,sebelum kita duduki telah berlalu zaman yang berjuta-juta tahun....kalaulah zaman nabi pun dunia sudah tua,masakan pula zaman kita...
jarak kita dengan nabi lebih seribu empat ratus tahun...

Marilah sama-sama kita menginsafi dan sedar kelalaian kita selama ini..Dunia ini telah tua..Ia akan menamatkan riwayatnya dengan kehendak Allah Taala...Hanya tinggal menunggu hari kiamat...

Awas dan ingatlah,untuk ke sana memerlukan bekalan,yang memerlukan pengorbanan yang besar dari kita..
sanggupkah kita menanggung seksaan Allah yang teramat pedih itu,jika tanpa bekalan?...

:- dari buku,
Kekasihku Ya Rasulullah,
karangan Syeikh Al-Maqari',Haji Othman Bin Hamzah

benarnya taubat............

Dan telah berkata Ibrahim Bin Adham,daripada tanda2 benarnya taubat seorang hamba daripada dosa,ialah wujud di dalam hatinya selepas daripada taubatnya kelazatan yang tidak terhingga.....

dan barangsiapa yang mengakui telah bertaubat tapi tidak kedapatan di dalam hatinya perasaan kelazatan sesudah bertaubat,sesungguhnya dia telah menipu....dan dia akan kembali melakukan dosa dan maksiat...

nauzubillah min zalik....

intabih wahai ikwani....

"...sesungguhnya Allah taala suka kepada orang yang bertaubat dan yang orang2 yang bersuci..."



:-kitab Al-Anwar Qudsiah fi Makrifati Qowaid Sufiah.
pengarang:-Al-Imam Allamah Abdul Wahab As-Sya'rani
juzu awal...

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...