Salam Pembuka Bicara

Rabu, 5 Oktober 2011

بجاه اسماءك,ورسلك,واولياءك,وبجاه سيد المرسلين...

بسم الله,والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين...

Moga kalian,para sahabatku yang dicintai kerana Allah,terus dilimpahi rahmat dan nikmat dariNya..

Setelah lama mengasingkan sementara diri dari blog ini,akhirnya ku kembali,dengan sedikit coretan…

Ketahuilah diri…

Sesungguhnya,aku sayangkan kamu.
Tiada lebih,tiada berkurang dari dulu,hingga sekarang..
Maka,dengan kehendak Ilahi,telah ku jalani hidup ini dengan sedaya upaya mengikut segala suruhanNya,dan meninggalkan segala laranganNya..
Tapi…
Sesungguhnya,Syaitan itu,musuh yang amat terang dan nyata..
Nafsu,yang tidak dididik dengan sebetulnya,akhirnya tumpas,dek kerana hasutan syaitan yang menyuruh kepada kejahatan..

Wahai Tuhan…
Wahai Pencipta…
Wahai Maha Pengampun…
Ku mohon dariMu..
Ampunilah diriku ini..
Sucikanlah Hatiku dengan limpahan cahaya dan hidayahMu kepadaku…
Tiada mampu daku,tanpa Kudrat dan IradatMu…

Ampunilah diriku ini..
Ku sedar,seluas lautan dosaku terhadapMu…
Ku sedar,betapa berdosa diri ini..
Ku malu untuk berjumpa denganMu dengan keadaanku yang penuh kotoran disisiku..

Wahai Tuhan,
Ampunilah diriku…

Wahai Kekasih Allah..
Wahai Kekasih Hati..
Wahai Pengubat Jiwa…
Wahai Seawal-awal Pemberi Syafaat..

Dengan berkatmu wahai kekasih Allah..
Dengan syafaatmu wahai kekasih hatiku..
Dengan restumu wahai pengubat sekalian jiwa..

Bantulah umatmu,..
Bantulah aku..
Dalam usaha mencari…
Diri…
Dalam usaha mencari hakikat yang sejati..
Dalam usaha mencari cinta yang hakiki

Ku mohon Wahai Tuhan..
Dengan Nama-nama dan Sifat-sifatMu,
Yang maha Agung dan Maha Suci,
Ampunilah dosa-dosaku..
Ampunilah dosa ibubapaku..
Ampunilah dosa kaum kerabatku..
Serta kasihanilah kami…
Serta rahmatilah kami…
Serta sayangilah kami..

Ku mohon Wahai Kekasihku..
Janganlah dipalingkan wajahmu dariku,di saat ketika mana aku amat membutuhkan pertolongan darimu..
Wahai Kekasih sekalian umat…
Berikanlah pertolonganMu kepada kami..
Di saat ketika mana segala amalan kami diperhitungkan dihadapan seluruh makhluk…
Kerana dirimu seawall-awal pemberi syafaat kepada anak Adam..
Tiada membutuhkan kami,selain dari syafaatmu..
Wahai Rasulallah
Wahai Habiballah..
Wahai Waliyallah…

اللهم
اهدي القلوب استر العيوب لكي نتوب
ضاعف الثواب يمين الكتاب
ابعد العذاب يوم الحساب .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...