Salam Pembuka Bicara

Isnin, 6 Jun 2011

Ku lambaikan lagi...

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلي وسلم عليه

Moga pemergian aku,ke tanah Haramaiin kali ke-dua,diterima...
Moga segala penat lelahku sepanjang keberadaanku disana diterima disisiMu wahai Kekasih Qolbiku..
Moga hajat-hajatku serta doa-doaku yang ku hamparkan bak lautan luas,engkau hitung dan perkenankan wahai Tuhanku..

Alhamdulillah,sepanjang keberadaanku disana tidak banyak permasalahan yang timbul..
sakit kepala,haus yang teramat,pecah bibir itu,perkara biasa,memandangkan sekarang ini musim panas...:)

ingin ku coretkan sedikit..
sebagai 'kenangan' yang boleh aku abadikan..
dalam blog ini..

mungkin kalian para pembaca agak jelek membaca post ini,tp bagiku,hanya ini yang mampu tuk aku luahkan..
segala perasaan aku...

moga2,sang Pengubat Hati,memberikan Ubatnya kepadaku..
tidak ku harapkan ubat di dunia ini...
cukuplah Engkau janjikan buat aku disana nanti..

memang telah aku memasang niat sejak tahun 1 lagi...
untuk mengerjakan umrah sebelum pulang ke tanah air..
Alhamdulillah,Tuhan mengabulkan permintaanku..

terima kasih buat bonda dan ayahanda ku,buat abang2 n akak2ku..
semoga Allah membalas jasa serta pengorbanan kalian untukku dengan setimpalnya..

membawa diri mengubati duka di jiwa,mengharap kasih diterima disisinya

membawa diri ke tanah Haramain....
memang aku akui,sepanjang 8 hari berada di tanah haramain itu,aku lebih banyak bersendirian..
lebih banyak menyisihkan diri dari tuk bersama teman-teman seangkatan yang lain..
ketahuilah wahai teman-temanku..
bukan aku menyombongkan diriku..
tetapi,ketahuilah,betapa diri ini,sungguh malu untuk bersama kalian..

cuba untuk menghargai masa sepanjang berada disana.
terbayang..
adakah akan ada masa lagi untuk aku menjejakkan kaki ke haramain lagi..
apakah ada kesempatan lagi untuk aku melepaskan rindu aku padaNya dan Kekasihnya..

membawa diri untuk mengubati rasa jati yang makin parah..
dek kerana titik hitam penuh di hati..
mohon maghfirah Mu wahai Tuhan..
tidak mampu tuk aku menjengah ke syurgaMu tanpa ada rahmatMu..
tak mampu aku menjengah ke taman-tamanMu tanpa ada kasih Mu padaku..

wahai Tuhan Pencipta Alam..
aku mohon maghfirahMu..
berkatilah hidupku..
Ampunkan dosa2ku..


buat si dia yang aku kasihi kerana menyahut seruan kekasih hati untuk berkasih-kasihan sesama manusia..
ketahuilah..
kehadiranMu dalam hidupku..
memberi kesan yang amat mendalam..
ketahuilah,perbuatanmu terhadapku amat-amat meninggalkan kesan dihatiku..
Andai masih ada peluang untuk aku betulkan kesalahan-kelasahanku padamu...
ketahuilah,betapa aku tidak pernah mengharapkan apa-apa darimu..


terima kasih kerana telah menyempurnakan hajatku..
terima kasih kerana telah meluangkan masamu untukku..
terima kasih untuk hadiahmu buatku sempena hari lahirku..
moga2 wahai teman yang amat aku kasihi,dikau sentiasa dalam rahmatNya..
moga anda sentiasa begitu..
semoga dikau bahagia dengan hidupmu wahai kekandaku...
kenangan kita bersama sepanjang setahun perkenalan..
akan ku semat..
di hatiku.
walaupun hanya aku yang bertepuk sebelah tangan..

Tuhan..
wahai kekasih hati..
aku redha dengan hidupku ini..
berilah peluang kepadaku..
untuk membetulkan apa sahaja kesalahan yang telah aku lakukan..

sungguh..
aku rindukan aku yang dulu..
aku rindukan dia yang dulu..
aku rindukan masa dulu..
yang x mungkin untuk aku dapat kembali...

melayari bahtera kasih sesama Insan,
yang dahulu berlabuh dengan gah di mata manusia,
tetapi akhirnya tenggelam kerana suuzon seorang manusia....
dan akhirnya kapal yg disaluti kasih,
tenggelam bak Tenggelamnya kapal Van Der Wijck.....

Wahai Tuhan kekasih Hati..
terimalah segala amal-ibadatku padamu..
ampunkanlah segala dosa-dosaku padamu..
kerana..
Aku tahu..
Engkau Maha Penyanyang..
Engkau Maha Pengampun..
Ya Rahman..
Ya Rahim..
Ya Wadud...

Ighfirli..
Irhamni..

انت تعلم كيف حالي..
يا الهي..

Masjid Nabawi,Medinah Munawwarah





tunggu cleaner siap kemas kawasan Raudhah



nie gambar time Haji hari tue..saje masukkan gak..:)















not ready yet!!!



p/s:-time kasih banyak pada Ustaz Mahadi atas kesudian memberikan gambar2 pd saya..
Jazakallah kheir..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...