Salam Pembuka Bicara

Ahad, 12 Disember 2010

~biarlah salju kali ini menemaniku~

عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
Semoga Allah mengubati hati yang sakit

بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan

فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang

يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام
Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya

::.....


Masihkah berkesempatan...

Terngiang-ngiang di mata....
apabila ditegur secara tulisan oleh seseorang...
dibaca dari mata,tersentuh ke hati...
bagaimana kesannya masih ku rasakan sehingga saat ku nukilkan disini...

bagaimana seorang hamba bisa tidur lena tiap2 malam, dgn beranggapan tuhannya redho pd nya
bagaimana seorang hamba yg tidak bisa tidur semalaman hanya kerana seorang hati makhluk ciptaan tuhannya terguris hati dek kata2 nya


disambung dengan kalam Ibnu Atoilah :-

يا غلام, ما ههنا الا الخالق عز وجل, فان كنت مع الخالق فأنت عبده,وان كنت مع الخلق فأنت عبدهم لا كلام لك حتى تقطع الفيافي والقفار من حيث قلبك


dan pesanan dari:- teman seperjuangan

انظر كلها بنظر العبد



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ingin ku perbetulkan kembali..
tapi masihkah ada kesempatan bagiku..

Ingin aku perbaiki perhubunganku denganNya..
tapi,masih adakah ruang yg diberinya..

Ingin aku perbaiki perhubunganku dengan kekasihnya..
moga2 beroleh syafaatnya nanti...

Ingin ku perbaiki hubunganku dengan teman-teman..
dengan dia dan mereka...
moga2 dia dan mereka masih menerimaku..

Bahawa tiada yang lebih Pengasih dan tiada yang lebih Penyayang melainkan Engkau. Pembenci bukan sekali sifatMu, tetapi mengapa aku masih mengharapkannya daripada manusia yang penuh dalam jiwanya sifat kebencian?
Aku bukan sesiapa yang punyai kudrat untuk menahan rakus mazmumah menodai fitrah nurani. Berkali-kali aku tersungkur.. lalu bangun dan tersungkur lagi. Setiap kali kurebah, jenuh lidahku melirik ingatan menyebut namaMu, tapi di kala aku mampu berdiri dan berlari, aku menjadi seorang pelupa dan lalai. Ya Allah.. kiranya Engkau rebahkan aku untuk hari-hari ke seterusnya, rasanya itu terlebih baik untukku, kerana di saat aku kesakitan baru aku rasai kemanisan mencintaiMu.Ya Allah baru aku sedar bahawa Kau timpakan sesuatu ujian adalah kerana sayang, bukan kemurkaan. Cuma aku yang selama ini tidak sabar dan redha atas segala ketentuanMu, lantaran buta ma'rifat dan hakikat.

Ya Allah aku terlalu lemah untuk menyusuri jalan ke syurgaMu, maka Kau gagahilah aku untuk menjarak jalan ke nerakaMu...dan kuharapkan masih ada Maha CintaMu menyulam maghfirah atas segala ketelanjuranku.

~Abuabdullah Mohamad~


أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم
Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu

وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ
Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia

ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ
Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat dengamu

وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام
Azam dan tujuanku sentiasa padamu



~Biarlah salju kali ini menemaniku.....~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...