Salam Pembuka Bicara

Rabu, 27 Oktober 2010

~Ya Robb..Irhamna Jami'an~

Seminggu dua,emosi agak berkecamuk...
banyak perkara yang sepatutnya aku lakukan,'menjadi'...
ape kena ngan diri ini??

pelbagai perkara menghantui..
bermula dengan harapan terhadap diri sendiri..
kemudian harapan2 yg kita luahkan pd 'mereka'...
dan ditambah harapan orang lain terhadap kita...
apakah maksudnya ini...??

cuba mencari solusi..
apa yang mencengkam hatiku sebegini..
masih mencari,dan akan terus mencari..

adakah aku yang keterlaluan...
adakah aku yang berlebih-lebihan..

ku sangkakan,sudah menjumpai orang yang boleh menjadi tempat sandaran..
tp....

alangkah rindunya aku pada 'dia dan mereka'..

~Multi-politik~


Beberapa minggu yg lepas,aku telah ditegur atas sikapku yg kurang pandai bergaul dan menjaga perasaan org lain,sampai satu tahap,terhinggap di telinga ini,pabila diberitahu oleh seseorang,mengatakan pdku,

'pudin??..lahai,nanti spoil mood org je'...

hakikatnya,aku tidak mempunyai sebarang masalah untuk ditegur,dan kadang2,kita perlu 'membesar'kan jiwa,menerima kutukan,teguran dari orang lain,sebab,nak tak nak,teguran itu diperlukan tiap2 masa,janganlah anda merasakan anda tidak ditegur kerana anda telah 'perfect'!!

janganlah anda fikirkan tentang ego anda,status anda,anda abang ke,adik ke,senior ke,junior ke,tidak ade faedah sedikit pun anda berzikir dengan,'eh die nih,ingat dia perfect ke,ingat dia bagus sangat ke??'

teringat plak,mase2 'indah' di bumi Maahad tercinta...
bilamana mempunyai sahabat2 yang selalu menegur..
mempunyai sahabat2 yang ku kira amat beruntung mempunyai mereka disampingku...




kadang-kadang,ade orang merasakan dirinya perfect,kerana tidak pernah ditegur,sehinggakan bila satu saat ditegur,melenting tak tentu pasal..

ade orang,bile tak ditegur terlalu lama,merasa terlampau sunyi..

ada orang itu,bile lama tidak di'sepak',ditampar,dia akan merasa rindu zaman-zaman kecilnya yang sentiasa penuh dengan 'teguran-teguran manis'..

teringat,bilamana disepak dipipi secara x sengaja oleh seseorang kerana kelancangan mulutku...

ada orang tue pulak,sengaja menegakkan benang yang basah,walaupun memang jelas nyata dia bersalah,dan perlu ditegur..

Alkisah..

Dan ada seorang ini,yang ku kira hebat pemikiran siyasahnya..
pernah ku tanya kepadanya,kenapa ku rasakan dia sekarang bukan seperti dia yang dahulu?
dia hanya menjawab,'Multi-politik'...manusia perlu berubah dari masa ke semasa katanya..
ya,aku tidak pernah salahkan dia,memang aku akui perlunya anjakan paradigma setiap masa..

tapi,apakah multi-politikmu itu,hanya aku yang tersenarai dalam agendanya??

atau aku sahaja yang perasan atas perubahan sikapnya,sehinggakan bila ditanya pada sahabat-sahabat lain,'perasan tak,dia tue tak macam dulu dah',dan dijawab sinis,'aik,ye ke,entah la,aku rasa cam sama je,takde perubahan pun,still macam biasa je.'..dan diakui oleh beberapa orang yang ku kira sahabat baiknya..

ataupun,memang betul agenda multi-politiknya itu hanyalah sebagai alasan untuk tidak mahu bercakap banyak denganku,sedangkan dengan orang lain masih boleh dia ber'politik' seperti biasa??

Janganlah kita ada pemikiran,'under-estimating the other guys'..
janganlah disebabkan kita lebih tua,maka kita merasakan kita berhak untuk menegur..tapi hakikatnya,kita yang perlu ditegur dan susah untuk ditegur..

kata orang,siapa yang terlebih dahulu makan asam garam kehidupan..
apakah ini membawa maksud,hanya perlu didahulukan orang tua dalam semua aspek??
ataupun,orang-orang tua hanyalah sekadar meng'under-estimating' the others?

kalaulah betul aku lakukan kesilapan,maka maklumkanlah padaku..
jangan anda mencari alasan,atas multi-politiknya'lah,itulah inilah..
jangan diingat kawan2 anda hanya berkawan sekadar sahaja..
jangan diingat,falsafah bersahabat itu,time susah diingati,time senang ditinggalkan..

ku ingatkan,aku telah menjumpai seseorang yang ku kira lebih dari sahabat,tapi apakan daya..
kita terhegeh-hegeh mengejarnya,tapi dia..

sungguh,aku rindukan 'dia dan mereka'...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...