Bismillahirrahmanirrahim..
Allah berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)
Imam al-Bukhari (rahimahullah) berkata:
قَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ صَلَاةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلَائِكَةِ وَصَلَاةُ الْمَلَائِكَةِ الدُّعَاءُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ
{ يُصَلُّونَ }
يُبَرِّكُونَ
Ihtifal Maulidur Rasul-Apa kata ulama' tentangnya..
Dr. Muhammad Sayyid 'Alawi Almaliki Alhasani,memandang bolehnya meraikan ihtifal maulidurrasul,dengan diisi kegiatan-kegiatan yang memberikan manfaat kepada umum tentang sejarah hidup baginda 'Alaihissolatuwassalam,serta puji-pujian terhadap baginda..
Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.,sesungguhnya baginda 'alaihissolatuwassalam meraikan hari kelahiran baginda kerana rasa bersyukur terhadap Allah,diatas nikmat diutuskan Baginda ke muka bumi sebagai Rahmatan lil'alamin..Ketikamana baginda ditanya oleh para sahabat radiayallahu anhum,akan perihal baginda berpuasa pada hari Isnin,maka baginda menjawab:-
(ذلك يوم فيه ولدت)
hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim
mungkin kita pernah terdengar,golongan-golongan yang 'menidakkan' keharusan untuk menyambut ihtifal maulidurrasul,bahwa mereka mengatakan para salafussoleh dan tabi'in terdahulu,tidak pernah melakukan perayaan sebegini..
Maka,telah menjawab Prof. Dr. Sayyid Muhammad 'Alawi Almaliki Alhasani,“Apa-apa perkara yang tidak dikerjakan oleh ahlus salafussoleh pada generasi awal Islam, tidaklah terus menjadi haram,ataupun menjadi bid’ah yang tidak boleh dikerjakan.Maka,ia perlu dikembalikan kepada persoalan asalnya, iaitu sesuatu perkara yang membawa maslahat ataupun kebaikan secara syarie menjadi wajib hukumnya,dan sebaliknya sesuatu yang menjerumuskan kepada haram, maka hukumnya adalah haram.”
Mengikut kepada pandangan Prof. Dr. Sayyid Muhammad 'Alawi AlMaliki AlHasani,jika ihtifal maulidurrasul membawa kepada maslahat 'ammah,yang terdapat di dalam majlis tersebut majlis zikir,serta memperdengarkan sirah Rasul Junjungan,maka hukumnya dianjurkan atau diharuskan,kerana ia membawa manfaat yang besar kepada ummah..
:-Pernyataan senang dan gembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. merupakan tuntunan Al-Qur’an Alkarim. Allah Taala berfirman:
“ Katakanlah : dengan kurnia Allah dan rahmat dariNya, hendaklah (dengan itu ) mereka bergembira “. (Yunus:58)
Allah Taala memerintahkan kita untuk bergembira atas rahmatNya, dan Nabi Muhammad S.a.w. jelas merupakan rahmat terbesar bagi kita dan alam semesta :
وَ مَا أَرْسلْنَك إِلا رَحْمَةً لِّلْعَلَمِينَ
“Dan kami tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta “ . (Al-Anbiya : 107).
Ihtifal Maulid AnNabi amat dipandang baik oleh para ulama dan kaum muslimin di seluruh dunia. Menurut kaedah hukum syara’ meraikan itu adalah Mathlub syar’an ( menjadi tuntutan syara’ ),bersandarkan pada hadis mauquf dari Ibnu Mas’ud R.a. yang menegaskan : “ apa yang di pandang baik oleh kaum muslimin,maka di sisi Allah itu adalah baik, dan apa yang di pandang buruk oleh kaum muslimin,maka disisi Allah itu adalah buruk “ (Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad).
-:-kitab haul ihtifal maulidurrasul
-kitab Mafahim yajib an tusahhah
Pro. Dr. Sayyid Muhammad 'Alawi AlMaliki Alhasani
:-
maka,tidaklah menjadi kewajipan untuk menyambut ihtifal maulid annabi sollahu'alaihiwasallam pada tanggal 12 Rabiul Awal sahaja,ataupun pada hari Isnin,walaupun itu adalah tarikh yang afdhol untuk melakukannya..
akan tetapi,manfaat yang akan kedapatan daripada melakukan ihtifal maulid annabi sollahu'alaihiwasallam,bahkan diharuskan untuk meraikan walaupun bukan di bulan Rabiul Awal,kerana ia adalah suatu kebajikan yang perlu untuk kita mengamalkannya,kerana kesan yang akan kedapatan dari ihtifal maulid annabi ini akan memberi manfaat yang besar,samada kepada agama dan juga 'ammatul muslimin..
Wassalam..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.