بسم الله الرحمن الرحيم
genap setahun sejak kedatangan beliau yg kali terakhirnya pd tahun lepas,2010..
maka kedatangan beliau kali ini,tentulah mengubati jiwa-jiwa yang rindukan sentuhan-sentuhan tarbiyah ruhiyah,tazkiyatul nafs...
mendengar sahaja berita akan kedatangan Habib Umar Al-Hafidz dari seorang kenalan disini,terus mengingatkanku pada bait-bait qasidah...
سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ
Salam dan salam sebagai penutup yang baik
عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia
ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman
ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat
سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku
وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku
فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci
وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia
'kasih'ku padanya..
'cinta'ku padanya...
'sayang'ku padanya...
x mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata..
hanya penantian untuk bersua dengannya...
menjadi buah-buah keramat di hatiku...
agak terpana sebentar pandanganku..
agak bercelaru sedikit fikiranku..
berita ini ku sampaikan pada beberapa orang sahabat disini...
ada yang menerima baik kedatangan beliau..
tidak kurang ada juga yang cuba mempertikaikan kedatangan beliau di bumi syuhada ini...
dan ada juga,yang tidak mengenali siapakah gerangan Habib Umar yang aku maksudkan.
Allah...!!!
bukanlah aku menyalahi mereka akibat dari ketidak pengetahuan mereka berkenaan ulama-ulama ini..
bukanlah aku menyalahkan mereka akibat dari ketidak mampuan mereka mengenali para habaib yang aku cintai...
cuma aku terkedu,bilamana berapa banyak lagu-lagu berunsur keduniaan semata-mata dihafal,berapa banyak artis-artis yang mereka kenali,berapa banyak latar belakang keluarga artis mereka kenali...!!!
tetapi mengapa sifat berpengetahuan itu,tidak disalurkan pada 'mereka-mereka' ini..!!
apakah kerana dunia telah memenuhi ruang hati mereka??
والعياذ بالله!!!
kami mohon dijauhkan dari sifat itu wahai Tuhan!!
cintaku,sayangku,kasihku pada para habaib,bukanlah kerana sifat taasubku pada mereka..
bukan kerana sifat 'extreme' ku pada mereka..
tetapi kerana menyahut...
seruan baginda S.A.W:-
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْذُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ وَأَحِبُّونِي بِحُبِّ اللَّهِ وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي بِحُبِّي.
Maksudnya:
Dari Ibn’Abbas r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Cintailah Allah kerana nikmat kurniaan-Nya memberikan kamu makan. Cintailah aku kerana cintakan Allah dan cintailah ahli keluargaku kerana mencintaiku.” (Riwayat al-Hakim: 4716)..
Al-Hakim mengatakan bahawa hadis ini sahih sanadnya, namun tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitabnya. Begitu juga dengan al-Zahabi di dalam kitabnya, al-Talkhis. Al-Zahabi mengatakan bahawa hadis ini sahih.
bagaimana kasih Saidina Abu Bakar pada Ahlul Bayt baginda..:-
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَرَابَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ أَصِلَ مِنْ قَرَابَتِي.
Maksudnya:
“Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, aku lebih suka menghubungkan silaturrahim dengan kerabat Rasulullah SAW daripada kerabatku”. (Riwayat Muslim: 3435)
benar,adanya perbezaan pendapat dalam menentukan,kedudukan sebenar maksud 'ahlul bayt' dalam nas samada quran ataupun hadis annabawi as-syarif..
tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ikatan mereka yakni sanad salsilah kekeluargaan mereka bersambung kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم..
dan bagi mereka yang mempertikaikan akan sahihnya salsilah kekeluargaan para habaib ini dengan nabi,adakah salah kita mencintai para wali,para ulama',yang tentunya dikasihi para malaikat dan juga dikasih Allah Taala??
ingatlah,ketika mana Allah berfirman..:
قال الله تعالى: ﴿ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ ﴾ [الزمر:9].
Maksudnya:-Dan katakanlah,adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui??
وقال تعالى: ﴿ يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴾ [المجادلة:11]
Maksudnya:-Allah meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Dan berkata :-
قال ابن عباس رضى الله عنهما: للعلماء درجات فوق المؤمنين بسبعمائة درجة، ما بين الدرجتين مسيرة خمسمائة عام
وقال تعالى: ﴿ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ﴾ [فاطر: 28].
maksudnya:-Dan telah berkata Ibnu Abbas r.a:-Dan bagi para ulama itu dajat mereka lebih tinggi dari para mukminin dengan 700 darjah,dan diantara dua darjah itu panjangnya ialah 500 tahun..
Allah...Allah..Allah....
Tidakkah terdetik di hati kita untuk bersama mereka,walaupun hanya beberapa minit??
apakah beberapa minit yang sia-sia lebih bermakna daripada bersama dengan para-para ulama'??
renung-renungkanlah..
andai itu terdetik dihati kalian,maka bersyukurlah..
Anda masih diberi peluang untuk bersua mereka..
teringat akan nasihat daripada seorang teman,,yang menaqalkan dari Habib Umar حفظه الله :-
“Jika dalam hati seseorang terdapat keikhlasan dan kasih sayang, ucapannya akan meninggalkan kesan dalam hati pendengarnya. Hati akan hidup ketika mendengar ucapan yang penuh kasih sayang"
::يا رب
انت مقصودي
رضاك مطلوبي::
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan