Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..
Telah bersabda Nabi Junjungan S.A.W.:-Setiap perkara (pekerjaan)yang tidak dimulai dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM adalah terpotong (kurang berkat)-atau sepertimana yang telah diucapkan oleh Baginda junjungan..
Segala puji dan puja hanyalah Allah Taala yang berhak..
Selawat serta salam buat junjungan Besar Saidina Muhammad S.A.W.,serta ahli keluarga baginda dan sekalian sahabat..
Alhamdulillah...
Nihaie yang ditunggu semakin menampakkan taring..
semoga sahabat2 perjuangan terus sabar dalam mendepani cabaran di bumi orang,yang penuh barokah..
imbasan kembali satu tahun empat bulan yang lepas....
menjejakkan kaki,meninggalkan kediaman,yang satu ketika dulu,memikirkan,bila aku akan meninggalkan umah nie??
sebelum subuh,4 pagi 10 september 2008..
semalaman memikirkan keadaan diri yang bakal berkelana,berjauhan dari ibu bapa tersayang,berjauhan dari kaum kerabat yang senantiasa tersemat di hati,berjauhan dari sahabat2 Muassirun najah...
kembali teringat,waktu2 gembira bersama..
kembali teringat satu waktu yang sama2 ditamrinkan di Masjid Sultan Brunei,Tok Uban..
kembali teringat sewaktu 'bersiar-siar' dari Masjid Baung ke Billion Kota Bharu di kala orang bersuka ria...
kembali teringat mendengar amanat Abe Baha n Abe Nik Faisal di bawah jejantas depan sekolah Ahmad Maher..
Ya Allah...
suatu saat yang teramat manis pernah ku rasakan..
yang mungkin,entah bila dapat merasai kenangan seperti itu lagi..
apakah masih ada masa untuk itu?
atau..
adakan si petugasNya sedang menjenguk2 diri ini?...
Lapangan Terbang Kota Bharu..
pelajar terakhir yang sampai dari hampir 15 orang rombongan ke Bumi Jordan..
semakin berdebar..
semakin sebak..
semakin bebal biji mata...
entah kenapa..
Kelibat pertama ku lihat di airport..
sahabat2ku...
dari Muassirun Najah..
Saeed,Syed Ridwan,Fathi..
Ehsan,Bukhari..
Ahli rombongan masing2 sibuk bersama dengan ahli keluarga..
aku terus menerpa sahabat2ku..
ku ingin bersama mereka,walaupun tuk 5 minit terakhir sebelum melangkah masuk..
Mohon ampun dan maaf..seandainya diri pernah tersalah sepanjang persahabatan..
memohon doa agar diri ini senantiasa selamat ketika berkelana di negara orang..
Ya Allah..
utuhkanlah perhubungan kami ini...
Usai berjumpa sahabat2,ku meluru pd ahli keluarga ku..
ku peluk erat ayahanda serta bonda..
ku cium tangan abang2ku,akakku2..
mohon restu mereka untuk berkelana,jauh dari pandangan..
menahan air mata dari terus tumpah..
mencium tangan ayahanda dan bonda..
mohon keberkatan,halal makan dan minumku,serta ampunkan kesilapan serta keterlanjuran ku..
Ya Allah..
panjangkan umurku dalam mentaati perintahMu serta perintah RasulMU..
ku gagahi kaki,dengan niat,sebagai PENUNTUT ILMU...
ku susun tapak kaki,dengan niat membina hidup baru..
berjauhan dari keluarga serta sahabat seperjuangan di bumi MAAHAD..
ku bina niat baru sebelum menjejakkan kaki masuk ke ruang menunggu..
Ya Allah..
semoga Kau terus menetapkan hati ini dalam menuntut ilmu..
semoga Kau terus tetapkan hati-hati Muassirun Najah dalam membina ukhwah yang diidami..
MOga kau perkenankan doa Rabitah kami,usai sahaja kami mengadakan usrah kami..
moga kau tetapkan hati kami dalam mentaati syariatMu..
moga Kau pertemukan kami lagi..
Perkenankan doa kami..
Ya Robb..
Ente Maqsudi,
Redhoka Matlubi...
NOSTALGIA-SOUTUL AMAL..
Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan