Salam Pembuka Bicara

Sabtu, 31 Disember 2011

Semoga ia Terus Subur….



Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati…
Tetapkanlah hati kami diatas Jalan Agama-Mu..
Dan atas Jalan ketaatanMu..
Maha Suci Engkau dari segala kekurangan..
Sesungguhnya kami adalah dari golongan yang menzalimi diri sendiri…


Mendengar dan melihat..
apabila kehilangan salah satu pancaindera ini,atau kedua-duanya sekali,tidak hairanlah,teraba-teraba dalam mencari sesuatu,bukan?

Sungguh…
Merasai kesusahan,walaupun dalam waktu yang amat singkat,mampu mengubah persepsi seseorang,mampu mengubah sifat peribadi seseorang..

Tidak hairanlah…
Kesusahan mengajar erti kehidupan yang sebenar…

Tidak hairanlah…
Aku sering mendengar..
Kesusahan mengajar erti keperibadian manusiawi..

Subhanallah..
Agung KuasaMu..
Tidak mampu dirungkai dengan akal mahupun imaginasi..
Tiada yang berhak terhadap sesuatu,kecuali Engkau..
Robbuna....

Andai mereka mengatakan ketidak adilan padaMu..
Sungguh..
Mereka itu telah dibutakan dek hawa nafsu yang benar-benar menguasai diri..

Andai mereka mengatakan bahawa ketidakadilanMu pada semua hambaMu
Sungguh
Mereka itulah yang telah dibutakan mata hati mereka dari mengenal
SifatMu yang Maha Suci dari segala sifat kelemahan..


Maha suci Allah dari segala kekurangan…

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...