Salam Pembuka Bicara

Khamis, 24 Disember 2009

Apa kena malam nie!!!!

Post nie,ambo buat lepas pada majlis FISCO..
24-12-2009,pada jam 9.02 malam..

ermm..
entah kenapa...
entah bakpo..
awat...
disamping malam yang kesejukan ini mendampingi diri ini,ada perasaan yg seakan2 cuba merapati,perasaan yg sebelum ini,x pernah diri ini rasa,tp,malam ini,seakan2 menghambat diri supaya mencari punca yang sebenarnya..

~samada ini hanyalah perasaan ataupun realiti..~

perasaan bersalah!!!
ku cuba mencari punca kpd perasaan tersebut..

adakah telah ku mengganggu ketenteraman sesorang malam ini??
adakah aku telah membuatkan seseorang marah terhadap diri ini???
atau..
adakah aku telah melakukan satu pengkhianatan pd seseorang..??

siapa yang bisa membantu??

buntu memikirkan benda nie bersendirian..
kuharapkan ade tempat bergantung tuk aku cuba luahkan perasaan ini..
tp,apakan daya diri nie..
siapalah diri ini..

tidak lain hanya hamba pada Yang Satu.
sungguh..
Ya Rabb..
ku dambakan keampunanmu,diatas keterlanjuran peribadi ini..

Ya Robb...
tiada yang mengetahui selain Dikau..
tiada yang berhak disembah melainkan dikau..
tiada tempat pergantungan selain dikau...
Ya Robb

Ampunkan dosa2ku ..
ampunkan kesilapanku,seandainya terdapat kesalahan yang hamba ketahui,ataupun hamba x ketahui..
sesungguhnya..
Dikau Maha Mengetahui isi-isi hati hamba2Mu..
Ya Robb..

Ya Robb..
Ente Maqsudi..
Redhoka Matlubi...

Ilahi Lastu Lilfirdausi Ahla,
Wala aqwa,'ala nari jahimi..
Fahabli taubata wagfir zunubi...
fainnaka ghofiru zanbi 'azimi..~

Selasa, 1 Disember 2009

Bantuan Kewangan Perubatan Untuk Nabilah Huda Bt Zaim


Assalamualaikum wbt.
Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan

memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Encik Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini...Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan....

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih... ~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

Ya Allah..aku hampir2 melupai'nya'...

Ya Allah,ampunkan dosa2ku..
sungguh,diri ini alpa,lalai dalam kehidupan ini..

patutlah diri ini serba x kena sejak dua menjak ini...
tp,alhamdulilah,kini telah ku jumpai 'virus' yang melalaikan diriku,yang meng'alpa'kan diri ini dari terus menetapkan kaki ini diatas landasan penerus perjuangan..

suatu ketika,Al-Quran senantiasa di saku poket kemeja...
kedapatan luangan masa,ku belek helaian demi helaian,menghafal,mengulang kembali hafalan..

tetapi,entah kenapa,sejak menjejakkan kaki di bumi Anbiya' ini,ku merasakan seperti sesuatu mem'blok' diri ini dari terus membelek helaian2 tersebut..
sehinggakan boleh dibilang dengan jari,berapa kali dalam seminggu aku mengulang,aku membelek mushaf itu..

apakah aku telah menyalahgunakan peluang keemasanku berada di bumi penuh keramat ini?
apakah aku telah menyisihkan diriku sendiri dari mengingati'nya'???

Ya Allah,sungguh aku lupa terhadap amanah tersebut..
sesungguhnya,aku lalai dalam melaksanakan tugasan 'menjaga' helaian tersebut di hatiku..

entah mengapa..
kedapatan perasaan yang tidak senang,resah gelisah dua tiga menjak sebelum ini..
rupa2nya,aku telah mengabaikan sesuatu yang amat berharga..
lebih berharga dari isi dunia..

betul,kadang2 kita menybukkan diri kita dengan benda yang x sepatutnya kita sibukkan..
bahkan,kadang2 kita terlebih menyibukkan benda2 mengarut daripada benda2 yang lebih berfaedah..
adakah ini yang membawa erti kematangan dalam hidup?..

Alhamdulillah,kini ku telah menjumpai asbabnya..
akan ku genggam erat janjiku pada hari ini...
akan ku jagai amanah yag telah diberikan kpdku..
sesungguhnya tiadalah Tuhan yang maha berkuasa selain dikau,Ya Allah..

Ampunilah dosa2ku...
kuatkanlah ingatanku serta hafalanku..
jauhkanlah hatiku dari melakukan sebarang kemaksiatan kepadaMu..
Wahai Tuhanku...
Tiada Tuhan melainkan dikau...

terima kasih pada sahabat2,kerana dalam keadaan tidak sedar,mereka telah mengembalikan diriku ini ke satu zaman yang x mungkin aku lupakan...

MAAHAD MUHAMMADI LELAKI...
menggamit kerinduanku padamu...

Ya Allah,rahmatilah syeikh2 talaqqi ku...
panjangkan umur mereka,serta berikanlah kesihatan serta kelapangan masa kpd mereka...
semoga kalian,wahai guru2ku,dirahmati Allah senantiasa..

Ya Robb..Ente Maqsudi.Redhoka Matlubi..

Mengenai Saya

Foto saya
Tanah Merah, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telah dilahirkan tanggal 16 Jun 1990,di Tanah Merah... Graduan,dari Universiti Mu'tah,Jordan,pengkhususan dalam bidang Feqh Wa Usul.. Sekadar perkongsian,dari hatiku,yang amat membutuhkan keredhaan dariNya,dan restu dari kekasihNya,SAW.. Semoga kita tergolong daripada hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. Amiin... Ya Robb,Ente Maqsudi,Ridhoka Matlubi...